Aidil Zafuan diperintah bayar Rita Rudaini RM30 ribu
Rita Rudaini menang tuntutan Mutaah, Aidil Zafuan diperintah bayar RM30 ribu | MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi memerintahkan pemain pertahanan pasukan JDT, Aidil Zafuan membayar kepada bekas isterinya RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000 yang dipohon Rita Rudaini sebagai mutaah.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut memetik Sinar Harian.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini.
“Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.
“Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula,” katanya.

No comments: