Header Ads

Tutorial Make Up Popular Oleh Gadis OKU

Gadis OKU Hasilkan Tutorial Make Up yang Ditonton di Seluruh Dunia | Video boleh menipu. Gambar boleh menipu. Segalanya boleh ditipu. Tak siapa sangka seseorang yang selalu melakukan video tutorial make up di Youtube dengan pengikut melebihi 35,000 adalah seorang OKU dan berkerusi roda.

Kita hanya percaya apa yang kita nampak, tapi disebalik sebuah video atau gambar? Tak ada siapa tahu.

Memetik era.fm, Jordan Bone boleh dikatakan seorang guru yang berbakat dalam bidang persolekan. Videonya menjadi sumber rujukan bagi wanita untuk mempelajari cara-cara make-up dengan betul.

Namun, setelah berpuluh-puluh video yang dimuat naik di Youtube, dia mendapat banyak komen negatif yang melukakan hatinya bertanyakan kenapa cara dia memegang berus berbeza dan menggunakan eyeliner dari sudut yang tak disangka serta tangan yang sentiasa digenggam.

Tutorial Make Up Popular Oleh Gadis OKU

Kemudiannya, Jordan memutuskan untuk memuat naik sebuah video yang menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi kepadanya dan apa sebab tangannya tidak bergerak.

10 tahun yang lalu, Jordan terlibat dalam kemalangan kereta yang menyebabkannya tetraplegia iaitu keadaan lumpuh keseluruhan atau sebahagian keempat-empat anggota badan atau keseluruhan badan. Dia tak mampu mandi sendiri apatah lagi menyikat rambut.

Tetapi dia menemui cara bagaimana untuk bersolek yang kemudian membangkitkan semangatnya. Dalam video itu, dia berkongsi bagaimana dia melalui kemurungan yang sangat teruk dan bimbang akan identitinya. Dia juga tak mahu dikenali dengan seorang gadis berkerusi roda.

Dalam video ini anda akan lihat sendiri betapa susah payahnya Jordan untuk membuka setiap barangan make up hinggakan terpaksa menggunakan mulut. Tapi, tak apa yang mustahil dalam hidup kan? Siapa sangka seorang OKU sepertinya mampu menghasilkan tutorial make up yang ditonton di seluruh dunia. 

No comments:

Powered by Blogger.