Header Ads

Jurukamera Wanita Kurang Ajar Sepak Pelarian Syria

Susulan Kes Jurukamera Wanita Sepak Pelarian Syria | Seorang jurukamera wanita stesen televisyen Hungary dipecat kerana menendang dan membentes pelarian, termasuk seorang pelarian dari Syria yang mendokong anaknya ketika mereka cuba melarikan diri daripada polis dekat sempadan Serbia.

Jurukamera Wanita Kurang Ajar Sepak Pelarian Syria

Petikan perbuatan Petra Laszlo (gambar tengah) membentes dan menendang pelarian di pusat persinggahan pelarian di Roszke, Hungary.

Perbuatan Petra Laszlo, kakitangan stesen televisyen N1TV yang dimiliki parti anti-pendatang Right Jobbik, itu dirakam jurukamera lain ketika dia menendang pelarian, termasuk seorang budak perempuan yang cuba melarikan diri, kelmarin memetik Harian Metro.


Jurukamera lain merakam perbuatan Laszlo itu ketika petugas media membuat liputan di kem pelarian. Dia menghulurkan kakinya membentes seorang lelaki Syria yang mendokong anak hingga terjatuh.

Rakaman perbuatannya itu disiarkan di media sosial selepas dimuat naik wartawan Jerman, Stephan Richter, melalui Twitter dengan ramai mengutuk perbuatan wanita itu.

Stesen itu mengeluarkan kenyataan semalam, berbunyi: “Kakitangan N1TV melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima di Roszke. Hubungan pekerjaan kami dengan jurukamera wanita itu sudah berakhir.”

Pelarian terbabit sebahagian daripada 1,500 orang yang menunggu di pusat persinggahan pelarian di Roszke dibawa ke pusat pendaftaran. – The Telegraph

Berdasarkan gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera lain, wanita berkenaan dilihat menahan kakinya untuk memastikan lelaki tua itu tersadung jatuh bersama kanak-kanak tersebut.

Susulan Kes Jurukamera Wanita Sepak Pelarian Syria

Susulan Kes Jurukamera Wanita Sepak Pelarian Syria

Susulan Kes Jurukamera Wanita Sepak Pelarian Syria

No comments:

Powered by Blogger.