Sususlan Kes Kehilangan Anthony Kevin Morais
Polis sahkan Anthony Kevin Morais diculik | Polis mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya selepas keluar dari rumahnya di Jalan Duta, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainudin Ahmad berkata, polis percaya dia dilarikan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan yang dipercayai dilalui mangsa memetik Harian Metro.
Menurutnya, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atau meminta wang tebusan untuk melepaskan mangsa.
“Siasatan terkini polis berdasarkan pemeriksaan terhadap CCTV jalan termasuk milik persendirian di sepanjang jalan yang dipercayai digunakan oleh mangsa,”katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, khabar angin kononnya mangsa ditemui mati di Sungai Klang juga tidak benar dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti lokasi sebenar mangsa.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
No comments: