Header Ads

Pesawat Trigana Air Bawa 6.5 Bilion

Pesawat Trigana Air yang terhempas bawa 6.5 bilion | Pesawat Trigana Air yang terhempas di kawasan pedalaman dan gunung-ganang di Wilayah Papua dilaporkan membawa wang tunai 6.5 bilion rupiah (RM1.9 juta) untuk membayar pampasan kepada keluarga miskin di daerah itu.

Ketua Pejabat Pos Jayapura, FX Haryono berkata, dana itu bertujuan untuk membayar pampasan kenaikan petrol kepada keluarga miskin di lapan daerah di Pergunungan Bintang memetik laporan Kompas.

Pesawat Trigana Air Bawa 6.5 Bilion

“Wang itu dihantar oleh empat pegawai pejabat Pos Jayapura dan sepatutnya dibayar bermula hari ini,” katanya.

Menurutnya empat pegawai berkenaan adalah MN Aragae, Agustinus Luanmasse, Yustinus Huruluen, dan Teguh Sane.

No comments:

Powered by Blogger.