Laporan Polis Rahim Sepahtu Pukul Isteri
Dituduh Pukul Isteri, Ini Penjelasan Rahim Sepahtu | Bekas anggota kumpulan R2 dan Sepahtu, Rahim Mat Ali, 45, menafikan dakwaan dia memukul isterinya dalam kejadian di kediaman mereka di Shah Alam, awal pagi semalam.
Rahim yang terkejut dengan dakwaan itu bagaimanapun mengakui ada berlaku pertengkaran dengan isterinya yang berusia 38 tahun itu, tetapi tidak sampai ke tahap memukul atau mencederakannya.
“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).
“Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi kelmarin, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepala dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu.
Rahim dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu keluar rumah tanpa kebenarannya.
Sementara itu, wanita terbabit ketika dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang komen.
Difahamkan, dia turut membuat laporan di Balai Polis Sri Muda, Shah Alam, petang kelmarin.
No comments: