Isu Wanita Bakar Diri di Avenue 5 Bangsar South City
Cubaan Membakar Diri di Bangsar South, Wanita Cedera | Kereta Perodua Viva tersangkut di anak tangga di hadapan bangunan Averis di Bangsar South.
Seorang wanita cedera dalam kebakaran di dalam kereta yang dipandunya di Avenue 5, Bangsar South City di Kerinchi, Kuala Lumpur memetik Astro Awani.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Mansor mengesahkan mengenai kejadian itu yang menjadi viral di media sosial.
Menurutnya, wanita berkenaan dilaporkan telah memandu keretanya jenis Perodua Viva ke hadapan bangunan Averis dan terus menghala ke pintu masuk utama.
Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja kereta itu tersekat di bahagian anak tangga, wanita berkenaan bertindak keluar dari keretanya sebelum menyalakan pemetik api ke bajunya sendiri.
Tindakan pantas pengawal keselamatan berjaya menghalang api daripada terus marak.
No comments: