Header Ads

Menteri Kesihatan Kata Harga Ubat-Ubatan Mungkin Akan Naik

Kerana Nilai Ringgit Jatuh, Harga Ubat-Ubatan Mungkin Akan Naik – Menteri Kesihatan | Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan harga ubat-ubatan yang diimport meningkat berikutan penyusutan nilai matawang Ringgit ketika ini.

Namun, Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata perkara itu berlaku hanya untuk sementara sahaja memetik Bernama.

Menteri Kesihatan Kata Harga Ubat-Ubatan Mungkin Akan Naik

“Kita tidak tolak kemungkinan harga ubat-ubatan akan naik kerana ada ubat dan bahan asas untuk memproses ubat yang kita import dari negara lain.

“Bagaimanapun, jika berlaku kenaikan (harga ubat) ia hanya sementara sahaja. Situasi ini bukan terhad kepada negara kita tetapi turut berlaku di negara lain kerana ini merupakan fenomena global,” katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Kelab Doktor Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini, hari ini.

Beliau berkata kenaikan harga ubat-ubatan tidak melibatkan hospital dan klinik kerajaan, yang memberi perkhidmatan ubat percuma kepada rakyat.

Menurutnya kenaikan kos itu mungkin melibatkan hospital dan klinik swasta dan berharap pihak berkenaan tidak mengenakan kos ubat-ubatan yang tinggi sehingga membebankan pesakit.

Sementara itu, Dr Subramaniam mengingatkan media supaya menyiarkan iklan produk termasuk makanan segera yang mengandungi maklumat tepat dan membawa mesej positif kerana ia membabitkan kesihatan.

“Saya ada nampak satu iklan produk makanan segera yang disiarkan di televisyen…dalam iklan itu menunjukkan anak-anak jemu makan ikan dan makanan harian kemudian diganti dengan makanan segera.

“Iklan itu menunjukkan cara hidup yang tidak sihat dan cenderung mewujudkan pengaruh negatif…apa sahaja iklan yang disiarkan mesti positif dari segi kesihatan, jika ia merosakkan (kesihatan) kita tidak benarkan,” tegas beliau.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Kesihatan akan menemui stesen televisyen berkenaan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu.

No comments:

Powered by Blogger.