Header Ads

Isu Zuan Melodi Hina Najib Razak

Dikecam Kerana Gambar Hina PM, Ini Penjelasan Zuan Melodi | Hanya berniat untuk bergurau, tindakan Zuan Melodi memuatnaik gambar karikatur Perdana Menteri, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak (tetapi dengan badan wanita) telah mendapat kritikan di laman sosial.

Sehubungan dengan itu, dia meminta maaf melalui akaun Instagram miliknya memetik Rotikaya.

(Baca: Zuan Bikin Panas Melodi Hina Najib Razak)

Isu Zuan Melodi Hina Najib Razak

“Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia”

“Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri Najib Razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu. Untuk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma sy perolehi dari beberapa whats app group saya setelah menjadi topik perbualan”

“Caption “Amboi posing takmau kalah no” juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara,” jelas Zuan Melodi di laman sosial tersebut.

Isu Zuan Melodi Hina Najib Razak

No comments:

Powered by Blogger.