Header Ads

DAP Minta Najib Jelaskan Isu Derma RM2.6 billion Malam Ini

DAP jemput Najib makan malam dan terangkan tentang derma RM2.6 billion | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijemput DAP untuk menghadiri acara makan malamnya agar beliau dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana parti tersebut mengumpul dana.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata berikutan pertanyaan Najib mengenai sumber kewangan DAP, jemputan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan mengenai derma RM2.6 billion memetik Astro Awani.

DAP Minta Najib Jelaskan Isu Derma RM2.6 billion Malam Ini
PUA: Ini peluang terbaik bagi Najib untuk memberi penjelasan.

“Ini peluang terbaik bagi Najib untuk memberi penjelasan,” kata Pua.

Pua juga turut menafikan dakwaan DAP pernah menghalang cadangan Najib mengenai sumber kewangan parti politik pada 2009.

Isu mengenai sumber kewangan politik diberi perhatian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat deklarasi bahawa RM2.6 billion dalam akaun bank peribadi Najib adalah derma untuk UMNO.

Sejak itu, Najib telah dilaporkan berkata akan mendedahkan sumber kewangan Umno sekiranya DAP turut mengambil langkah yang sama.

No comments:

Powered by Blogger.