Header Ads

"Saya terlalu panik dan cuma mahu pertahankan diri dan anak" – Pemandu Honda City viral



SUSULAN kejadian wanita menyembur racun serangga ke muka penarik kereta viral di media sosial, wanita berkenaan tampil memberikan penjelasan panjang lebar berhubung kejadian tersebut, hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Rabu lalu di hadapan sebuah di Kuah, Langkawi.

Ikuti penjelasan wanita berkenaan di bawah:

Perhatian kepada semua netizen yang viralkan video saya dan yang komen tentang video ini. Baca betul-betul keterangan ini. Ini bukan rekaan semata-mata. Kalau nak tahu betul ke tidak, tolong bagi kerjasama untuk pihak yang berkuasa jalankan tugas.

Saya Nurul Adlina seperti yang tertera di dalam video tersebut. Pada hari kejadian, saya dan anak saya berumur dua tahun. Saya pergi ke Bank Islam, Kuah, Langkawi, Kedah, untuk membeli sedikit barang rumah bersama anak.

Semasa saya keluar dari bank, saya didatangi dua orang lelaki dan berkasar dengan saya dan anak saya, menyatakan mereka mahu mengambil kereta yang bukan hak milik saya. Sekiranya saya tidak mahu bagi kereta, saya perlu membayar kepada mereka.

Dalam kejadian itu, pakcik tua itu telah menyinggung saya sehingga saya tersandar di kusyen kereta. Lalu saya dapat mencapai ridsect yang dibeli. Saya seorang perempuan, apabila mereka berkelakuan sedemikian, saya dan mana-mana perempuan sekali pun akan bertindak begitu (menyembur racun serangga). Nasib dalam kereta saya tidak ada senj-ata tajam.

Kalau ada, mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan mahu mempertahankan diri dan anak saya.



Kalau betul mereka ejen sah penarik kereta, mereka tahu undang-undang untuk tarik kereta, bukannya datang seperti penyamun. Wajar bagi saya berbuat demikian kerana nak pertahankan diri dan anak. Saya bukan nak pertahankan kereta yang bukan hak milik saya yang sah.

Mereka (penarik kereta) juga membuat laporan polis ke atas saya menyatakan saya memukul mereka dan menyembur mereka dengan ridsect seperti di dalam gambar. Tapi kenapa mereka menghilangkan diri setelah kes ini berjalan dan sekarang masih dalam siasatan.

Pihak polis tidak dapat menghubungi mereka dan sekiranya pihak-pihak yang memberi komen dan berkata melulu sedangkan tidak tahu perkara sebenar ini mengetahui siapa mereka dan tahu di mana mereka berada, tolong bagi kerjasama kepada pihak berkuasa. Bukan viral benda yang tidak pasti dan tidak tahu hujung pangkal.

Saya tunggu mereka di IPD pada malam kejadian, tetapi mereka tidak hadir. Kalau mereka tidak bersalah, tolong hadir ke IPD Kuah di mana mereka sendiri yang membuat laporan sedemikian.

Setelah siasatan dijalankan, barulah netizen boleh menghukum dan viral sekiranya ternyata saya yang bersalah. Sekian terima kasih kepada yang telah memfitnah saya di bulan yang mulia ini. Saya redho.

Bagaimanapun dalam laporan polis yang dibuat wanita berkenaan, dia mendakwa dikasari oleh penarik kereta terbabit dan keluar dari kereta itu kerana takut dan bimbang dengan keselamatan diri.

“Saya datang semula ke kereta dan cuba menghalang mereka untuk ambil kereta milik saya,” katanya dalam laporan tersebut.



Sumber artikel : http://kulihatlangitbiru.com

No comments:

Powered by Blogger.