Header Ads

Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal Untuk Dimakan



Kalau sebut nama gula-gula White Rabbit mungkin ramai yang tidak tahu, kalau sebut pula gula-gula yang plastiknya boleh dimakan memang semua akan ingat.

Gula-gula ini memang popular pada zaman 90an dan kini kembali trending. Malah, ada juga yang mencipta aiskrim menggunakan White Rabbit. Memang viral habis dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.



Namun, terkini pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam (moRA) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah mengesahkan White Rabbit tidak halal dan mengandungi protein khinzir.

Ia berdasarkan hasil analisis  yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei.

Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pembuat ais krim di Brunei akan menghentikan pengeluaran aiskrim berperisa White Rabbit. Bukan itu sahaja, pihak mereka juga akan membersihkan peralatan yang digunakan dengan betul agar pelanggan lebih yakin dan tidak was-was.



MoRA juga mengingatkan kepada semua pengimport produk makanan ke negara Brunei supaya mengambil langkah berpatutan dengan melabel kandungan bahan ramuan produk-produk makanan yang diimport menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris secara telus.

Pelabelan tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui isi kandungan yang dijual.

Sumber Berita : The Scoop dan Twitter Borneo Bulletin

Sumber artikel : amazingnara.com

No comments:

Powered by Blogger.