Header Ads

Gadis Bijak Selalunya ‘Single’, Kajian Buktikan Mereka Cari Pasangan Yang Setaraf..



Jika anda berusia dalam lingkuan 30 tahun atau lebih tetapi masih bersendiri, itu antara tanda bahawa anda adalah seorang yang bijak. Menurut kajian, perkara tersebut berlaku disebabkan ramai wanita yang terlalu memilih. Mereka mencari pasangan yang mempunyai taraf pendidikan sama seperti mereka.



Jadi untuk mendapatkan jawapan yang lebih jelas, para penyelidik dari Yale University telah mengkaji 150 orang yang terdiri dari warga negara Amerika Syarikat dan Israel.

Keputusan mendapati bahawa 90% daripada mereka masih belum berkahwin manakala 81% daripadanya memiliki Ijazah Sarjana Muda dari univeristi.


Marcia Inhorn yang merupakan seorang Profesor Antropologi di Universiti Yale menjelaskan bahawa terdapat jurang yang besar tentang jumlah pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi.

“Dengan kata lain, universiti mahupun institusi pendidikan menghasilkan terlalu ramai graduan wanita berbanding lelaki.”



Malah, Profesor Inhorn juga menjelaskan bahawa kajian yang dilakukan sebelum ini dikaitkan dengan kesuburan wanita.

Beliau mengatakann, isu ini banyak disalah tafsirkan oleh masyarakat. Orang ramai lebih cenderung menganggap wanita berpendidikan dan berkerjaya sebagai seorang yang mementingkan diri.

Sumber : Harpers Bazaar & Indipendent.co.uk  via siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.