Header Ads

Kebenaran Di Sebalik Susu Jenama Farm Fresh Yang Ramai Masih Tidak Tahu, Sungguh Tidak Sangka!



Jika anda pernah merasai susu jenama Farm Fresh, pastinya anda akan jatuh cinta akan keenakan serta rasa lemak susu tersebut. Memang kalah jika dibandingkan dengan jenama susu yang lain seperti Dutch Lady, Goodday, Calpis dan lain-lain.


Tapi, tahukah anda cerita di sebalik jenama susu Farm Fresh? Mesti ramai yang tak tahu. Jangan terkejut tau.



Susu Farm Fresh sebenarnya merupakan produk tempatan Malaysia. Diasaskan oleh Loi Tuan Ee, seorang warganegara Malaysia yang berbangsa Cina dan berasal dari sebuah bandar kecil di Perak.



Loi yang sangat memandang tinggi bidang agrikultur dan mencintai alam telah mengambil keputusan untuk membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu baka Holstein Jersey dari Australia.

Keputusan membina syarikat The Holstein Milk Company dibuat selepas melihat banyak jenama Malaysia menjual produk-produk yang berasaskan daripada susu tepung. Namun perjalanan hidup tidak semudah yang disangka.

Susu yang diuji rendah kualiti = GAGAL!




Dengan impian membara untuk mengeluarkan produk tenusu yang segar dan pior, Loi meminta bantuan rakannya dari Khazanah Nasional untuk membantu. Hasil daripada usaha tersebut beliau tahu mengenai Plan Industri Tenusu Negara.





Loi jalankan ujian kualiti susu yang sangat ketat. Peralatan dan teknologi dipastikan dapat memenuhi keperluan ujian kualiti susu agar susu yang dikilangkan ialah susu yang bekualiti tinggi; walaupun kadang-kadang rugi teruk.




Dengan hasil kesungguhan Loi, akhirnya impian beliau untuk membina satu empayar jenama susu berkualiti tinggi berjaya dicapai. Walaupun kejayaan ini merupakan sesuatu yang tidak beliau sendiri sangkakan kerana ianya berlaku dalam jangka masa yang agak singkat, Loi buktikan kesungguhan mampu mengatasi segala masalah.

Lihatlah kini, susu jenama Farm Fresh mampu berdiri sama rata dengan produk tenusu luar negara atau sebenarnya mungkin lebih ke depan jika dibandingkan dengan kualiti susunya.

Jadilah rakyat Malaysia yang menyokong produk tempatan. Apa kata anda? Masih gemarkan jenama susu luar negara?

Artikel dari makanlena.com

No comments:

Powered by Blogger.