Header Ads

Aidil menangis menahan gembira... Fasha Sandha buat kejutan hamiil 3 minggu



SELEPAS hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha mengumumkan dirinya sudah pun haamil.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Aidil pada Selasa.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Aidil memberi reaksi terkejut dan terharu serta menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal menimang cahaya mata.

Fasha menerusi sebuah portal berita memberitahu kandungannya baru berusia 3 minggu.


Fasha berkata, berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muuntah.

Sementara itu, Aidil mengucapkan syukur dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan berceerai pada 20 Januari 2016.

Biodata
Nama penuh: Mohd Aidil bin Abdul Aziz

Nama popular: Aidil Aziz

Tarikh lahir: 26 Julai 1987

Umur: 31 tahun

Kelahiran: Seri Kembangan, Selangor, Malaysia



Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @itsaidilaziz

Fakta Menarik
1. Selesa disapa dengan nama jolokan 'Pak Ngah'.

2. Amat meminati sukan bola sepak di mana beliau sering mengisi posisi penyerang ketika bermain. Mengidolakan Cristiano Ronaldo.

3. Mempunyai kebolehan bertutur dalam dialek Negeri Sembilan dengan baik kerana kedua orang tuanya berasal dari negeri itu.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama bersiri Saiful Nita yang dimuatkan di Slot Samarinda siaran TV3, membawa watak sebagai Saiful, bergandingan dengan aktres Kilafairy di bawah arahan sutradara Emi Maziah.

6. Pernah berlakon dalam filem Kapoww, Evolusi KL Drift 2 dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.

7. Terlibat dalam banyak drama, dan antara yang popular ialah Akademi Polis (2009), Nilapura (2011), Trilogi Cinta 2 (2012), Saiful Nita (2012), Hujan (2013), Asmara Luna (2013), Romi Cinta Julia (2014), Tabir Zulaikha (2015), Hati Perempuan (2015), Lara Terindah (2016), Kamar Kamariah (2018), Cinta Lemon Madu (2018) dan Vila Ghazara (2018).

Artikel dari mStar Online dan iluminasi.com

No comments:

Powered by Blogger.