Header Ads

Sentiasa Nampak Happy, Tak Sangka Ini Yang Ditanggung Ebi Yus



Personaliti pelakon Ebby Yus yang sangat lucu dan wajah selamba ketika berkata-kata membuatkan ramai yang menyukai lakonannya.

Namun pernahkan terfikir, Ebby Yus, lelaki berusia 55 tahun masih bujang itu juga mempunyai perasaan.

Suratan hidup seorang seniman, mereka bijak menghiburkan orang ramai, tetapi kesedihan yang bersarang di jiwa golongan ini jarang benar untuk dikongsi.

Di luar pengetahuan peminat-peminatnya, Ebby sebetulnya pernah melalui detik-detik yang sukar apabila doktor mengesahkan dia menghadapi masalah lemah jantung selain kebocoran buah pinggang.

"Setahun setengah juga saya tak bekerja. Bukan tak mau kerja, tapi saya tidak ada kemampuan," katanya berkongsi fasa sukar yang dilaluinya.



Ebby juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1998.

Seiring perubahan masa, doktor yang merawat memaklumkan, keadaan jantungnya hanya mempunyai lebih 20 peratus tahap kekuatan sedangkan untuk manusia normal bacaan kekuatan jantung yang diperlukan ialah 60 peratus.

 "Itu yang doktor maklumkan pada saya berhubung keadaan jantung saya. Pada masa ini, saya hanya bergantung pada ubat, tapi Alhamdulillah saya sihat, tak adalah sakit teruk.

Demikian juga dengan buah pinggang saya, ada alami kebocoran dan saya juga sedang menjalani rawatan," terang Ebby mengenai keadaan kesihatannya.

Kerana ujian kesakitan yang dihadapinya, Ebby harus akur bahawa pendapatannya terjejas kerana dia tidak mampu bekerja.



Wang simpanan sudah habis digunakan untuk membiayai rawatan selain menjalani kehidupan yang sangat sederhana.

Namun, itu semua bukan alasan kenapa dia harus berasa sugul dan tidak berusaha.

"InsyaAllah berkat rawatan yang saya jalani, doa keluarga dan kawan-kawan saya sudah mampu untuk kembali bekerja. Saya sentiasa percaya rezeki Allah yang tentukan.

"Alhamdulillah tawaran berlakon juga sudah diterima dan saya akan kembali aktif secara perlahan-lahan," kata Ebby yang tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana masih menurunkan rezeki buatnya.

Sumber: Astro Awani

No comments:

Powered by Blogger.