Header Ads

"Melayu akan selamanya mundur jika berterusan main sentimen agama, bangsa" – Dr Mujahid



LIPIS – Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini akan terus mundur jika isu agama serta bangsa menjadi sentimen dan salah satu agenda perjuangan mereka.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, perasaan takut dalam kalangan orang Melayu terhadap bangsa lain juga akan meningkat ekoran sentimen yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



Sehubungan itu katanya, orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini tidak sepatutnya takut dengan DAP jika parti itu menang dalam pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Jika BN menang itu isyarat tidak baik kerana isu yang dimainkan oleh mereka masih isu agama, mereka akan kata habislah orang Islam jika DAP menang.


“Akan tetapi siapa pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)? DAP kah? Siapa menteri yang jaga agama? DAP kah? Tiba-tiba hari ini mereka (UMNO) nak jadi ‘champion’ dalam isu ini pula,” katanya ketika berucap dalam ceramah Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.