Inilah Cara Uji Tahap Stres Dan Depresi Anda Secara Online. Kalau Keputusannya Teruk, Terus Jumpa Doktor! Jangan Buat Main-Main...
ADAKAH STRES MERBAHAYA?
Menurut portal MyHealth, stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.
Stres ini sebenarnya adalah sesuatu yang perlu dikekalkan pada tahap sederhana kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang. Jika terlalu rendah, seseorang mungkin kurang motivasi dan kurang tumpuan kepada kerja. Sebaliknya, jika ia berada di peringkat tinggi, seseorang akan mengalami tekanan emosi yang negatif.
Jika stres dipendam dan dibiarkan dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri seseorang.
Antara kesan serius yang perlu diberi perhatian adalah:
Mudah keletihan dan cepat penat
Kekecewaan
Hilang semangat ( “burn out” )
Rasanya ramai yang mengalami salah satu di atas ini kan?
Depresi adalah penyakit mental yang kian membimbangkan dan tak sepatutnya dipandang remeh. Dah macam-macam kes kita dengar melibatkan stres. Terbaru (17 Januari 2019), ada Ustazah yang dilaporkan hilang mengalami stress disorder akibat stres di tempat kerja sebab gagal perpindahan dan terpaksa berulang-alik 200km setiap hari.
Bahkan, penyelidikan oleh pakar berhubung kadar depresi dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50% pesakit depresi dari 2011 sehingga 2015, banyak tu!
Jadi, kalau rasa macam terlalu stres, pastikan anda ambil tindakan untuk mengawal stres. Sarankan rakan-rakan anda untuk mengambil ujian ini jika mereka kelihatan murung dan depresi. Semoga ia dapat membantu anda mendapatkan rawatan awal dan sekaligus menguruskan masalah stres secara terkawal.
UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL SECARA ONLINE (DASS)
Umumnya ramai tahu tanda-tanda stres seperti kerap jatuh sakit, cepat letih, kurang selera makan, perasaan yang negatif, dan sebagainya.
Tapi, macam mana kita nak tahu tahap stres yang kita sedang alami?
Anda boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang disediakan oleh Public Health Malaysia secara online.
Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada dengan mengetahui tahap stres, risau, atau depresi.
Berikut adalah link untuk ujian tersebut:
www.tinyurl.com/phmdass2
Caranya mudah, anda hanya perlu menjawab beberapa soalan yang diajukan seperti di bawah ini.
KALAU RESULT TAK OK, JUMPA DOKTOR
Keputusan akan diberikan sebaik saja anda mengisi beberapa maklumat tentang diri anda.
Jika keputusannya tidak normal, anda boleh print keputusan tersebut dan bawa ke mana-mana klinik kesihatan (KK) berdekatan di tempat anda untuk pengesahan diagnosa dan intervensi atau rawatan.
Anda boleh layari laman web ini untuk menyemak lokasi KK berdekatan anda: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/1
Bawa keputusan yang didapati tadi bersama. Jangan malu, tak perlu segan. Dan jangan sekali-kali menganggapnya remeh ya.
Ada yang nampak tenang dan ceria, macam tak ada masalah langsung! Tapi sebenarnya di dalam jiwa sakit, sedang bergelut dengan emosi.
Sebab itulah merawat kemurungan itu penting, malah ia dapat menyelamatkan nyawa. Jadi, jom jalani ujian DASS hari ini juga!
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat kesihatan mental terkini atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan mental, anda boleh terus ke laman Facebook rasmi Public Health Malaysia di link berikut: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/
Sumbeer artikel : siraplimau.com
No comments: