(Video) Time Teruk Menangis Macam Ni Taknak Pula Ibu kandung Nak Ambik, Luahan Dato Aliff mencuri perhatian ramai
Berikutan video tular Qayyum (anak angkat Dato Aliff & Datin Shahida) ditunjal oleh bibik nya dalam media sosial, difahamkan ibu kandung Qayyum tampil menghantar pesanan panjang lebar pada datin shahida menyatakan hasrat untuk menjaga Qayyum. Entri tersebut mendapat perhatian ramai dan semestinya sukar bagi keluarga Dato Aliff untuk membuat keputusan.
Kata Kata Ibu Kandung Qayyum pada Datin Shahida :
assalam datin. maaf ganggu datin. anne minta maaf banyak banyak kalau selama ini Anne susahkan dato dan datin jaga Qayyu. husband anne ada bgtau dia ada msg PA dato tentang kes viral video bibik tu. Sbb dia risau, tapi klau datin dan dato rasa banyak complaint dari pihak kami, kami minta maaf sangat2, bkn niat kami. cuma tertanya2 betul ke berlaku mcm dalam video tu atau sebaliknya. masa anne serahkan qayyum pada datin dan dato anne mmg xmampu nak jaga sebab anne xkerja, bapa yom pun xtahu anne pregnant, tapi klau datin dan dato izinkan dan bagi kami ambil Qayyum balik, kami mmg nak jaga dia, skrg Anne dgn husband pun dah kerja, insyallah klau datin dan dato izinkan dan bagi kami ambil balik qayyum kami boleh jaga. Anne minta maaf sangat sangat kalau selama ini anne susahkan datin dan dato. terima kasih banyak2 sbb datin jaga qayyum dgn elok selama ini.
Memang langsung tak terlintas di hati Anne nak ambil kesempatan terhadap dato dgn datin. Anne cuma nak yang terbaik untuk masa depan dia kalau boleh.
Namun, Dato Aliff Syukri jelas menzahirkan rasa sedih kerana dia sayang terhadap anak angkatnya itu. Menerusi entri terbarunya dengan kapsyen panjang lebar, apa kata korang?
memang macam ni ekk ambik anak angkat? time teruk menangis mcm ni x nak pulak ibu kandung dok nak ambik??? ni dah sehat sebuk nak ambik… kalau tau macam ni tak payah ambik lagi bagus jaga jee bebaik dalam perut tu tak payah gatal kasi orang… niat hati wife saya nak berkomunikasi sebab tak nak putuskan hubungan dengan keluarga yo. tapi jadi sebaliknya pula.
orang tak faham apa yang kami rasa…bila perasaan sayang dah ada sebab jaga dari dalam perut lagi (mak yom mengandung 7 bulan kami dah jaga) dan dari lahir kami jaga dan yang pelik jee yom kena sawan menangis dan selalu nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata. lebih dari 5k kos rawatan swasta. malah maid khas saya bayar gaji untuk jaga baby ini sahaja. susu pun tak minum yang biasa okay. minum susu soya. malah maid saya sampai tak tido malam semua orang jaga dia. dengan sakit mata hampir 5 bulan baru hilang. suntikan bulanan.. sakit demam.. kami sekeluarga jaga..
Harini dapat msj mak dia nak minta balik qayyum sbb katanya dah mampu nak jaga.. kalau tau nak ambik tak payah kasi dari awal atau ambik masa tengah parah menangis dan mata mcm ni.. skrg dah sehat dan kurang nangis boleh berjalan nak ambik? kalau korang jadi saya apa patut saya buat?
Video :
Menerusi laman instagram babyterlajaklaris, entri terbaru dengan kapsyen :
selepas 8 bulan baru yom boleh senyum setelah beberapa kali hospital pakar kanak kanak gara tak leh bernafas, telur kembung, mata takleh buka, dan banyak lagi.. lepas dah sihat lepas tu sesedap hati je mak kandung yom nak ambik selepas dah pandai jalan dan sehat?? kenapa time sakit 1-5 bulan tak nak ambik??
Video :
Jom Lihat juga apa kata netizen :
Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris via rimbara.com
No comments: