Header Ads

“Saya Tak Biasa, Ingat Tomboi Ke Nak Pakai Sport Shoes?” - Che Ta



Pelakon Rozita Che Wan antara selebriti yang suka bergaya dan penampilannya sememangnya ada kelas. Che Ta juga sangat sinonim sebagai seorang yang gemar memakai bulu mata palsu dan boleh dikatakan ia merupakan ‘trademark’ pelakon jelita itu.

Kemunculan Che Ta pada perlawanan peringkat akhir pertama Piala AFF Suzuki baru-baru ini ternyata menjadi perhatian ramai dan tidak kurang juga ada yang mengkritik penampilannya itu kerana dilihat terlalu berlebih-lebihan serta tidak sesuai dengan acara yang dihadiri olehnya.

Tampil berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Che Ta memberitahu tiada salahnya untuk dia berpakaian sebegitu asalkan dirinya berasa selesa.



“Apa masalahnya kalau pakai boot untuk tengok bola. Saya yang pakai kenapa anda yang nak komen berpeluh atau tidak. Setitik peluh pun tak pernah keluar macam mana mereka tahu saya berpeluh.

“Lagipun saya dapat tiket VIP, tak perlulah nak beratur panjang sebelum masuk stadium,” katanya kepada mStar Online.

Kata Che Ta lagi, penampilannya itu dilihat biasa-biasa saja dan itulah pakaian yang sering digayakan olehnya. Ujarnya lagi, walaupun berkasut tumit tinggi, dia tetap boleh berjalan seperti biasa dan memberitahu dia tidak biasa memakai kasut sukan.

“Itu saya rasa penampilan paling biasa. Saya tak biasa pakai sport shoes… ingat tomboi ke nak pakai sport shoes?” katanya berseloroh.

SUMBER  MSTAR

Malaysia Ke Final, Che Ta Pakai Gaun Ke Stadium



Semalam merupakan hari yang paling membanggakan buat rakyat Malaysia apabila pasukan bola sepak negara berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Kegembiraan tersebut turut dirai oleh keluarga pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Baru-baru ini, penampilan Che Ta ke stadium pada perlawanan Sabtu lalu menjadi perhatian dan bualan ramai. Rata-rata netizen tidak senang duduk melihat Che Ta yang tampil berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu.

Tidak kurang juga ada netizen berpendapat dengan keadaan stadium yang panas pasti akan berpeluh dengan penampilan sebegitu. Namun, menerusi Instagram, rakan baik pelakon itu iaitu Anas Zahrin memberitahu Che Ta bakal membuat kejutan dengan menggayakan gaun pada perlawanan akhir itu nanti.



Rata-rata peminatnya menyokong cadangan tersebut serta memberikan idea agar Che Ta memakai gaun hitam kuning mengikut warna tema jersi pasukan bolak sepak kebangsaan. Ada segelintir netizen mengatakan, jika Che Ta memakai gaun ke stadium pasti ramai yang tak senang nak tengok bola kerana mata akan tertumpu kepadanya.

Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik.  Boleh dikatakan ramai wanita kagum dengan Che Ta yang sentiasa yakin dengan apa yang digayakan olehnya. Apa pun pasti ramai yang tak sabar melihat penampilan Che Ta di aksi final nanti.

No comments:

Powered by Blogger.