(Video) Si Kecil Berzikir gara-gara takut dimarahi ibu kerana ‘berkubang’ di belakang rumah, gelagat kanak-kanak comel ini tarik perhatian ramai
Jika beberapa minggu yang lalu viral seorang kanak-kanak yang berzikir sambil menyanyi lagu medley ketika menjalani proses berkhatan, hari ini seorang kanak-kanak menjadi viral di laman sosial apabila dia dilihat berzikir gara-gara takut dimarahi oleh ibunya setelah kantoi berkubang di belakang rumah.
Video kanak-kanak yang sedang berkubang itu telah dikongsi sendiri oleh ibunya, Nor Farra Farihan di laman Facebook semalam sehingga memperoleh hampir 30 K jumlah tontonan.
Bila balik kampung, Mama kena tipu dengan Uwais,
Mama kat dalam rumah tak tengok lagi Uwais dengan Umar, dalam hati “bagus Uwais ni dok berzikir hujan-hujan ni”.
Sekali tengok, rupa-rupanya bila kat luar dia dok main air selut, berenang-renang ke tepian, tak nak bagi mama naik hantu, dia pun berzikir la, Ya Latiff Ya Latiff maksudnya Maha Lembut…
Dia putar otak suruh mama lembut Hati tak marah dia berkubang… I tengah geram, tak lembut lagi hati ni Uwais…
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh ibunya, Uwais dikatakan cepat-cepat melaungkan zikir Ya Latiff setelah menyedari dia sedang diperhatikan dari jauh oleh ibunya.
Kanak-kanak berusia 4 tahun itu bukan sahaja berkubang seorang diri dalam air selut bertanah merah itu tetapi juga disertai oleh adiknya, Umar.
Rata-rata, ramai pengguna Facebook yang meninggalkan komen pada entri tersebut kerana begitu terhibur dengan aksi dan gelagat pasangan adik beradik itu.
Allahu, betul2 kolam dia buat
Kalau macam ni, ikan pun takut nak berenang haha
Sumber : FB Nor Farra Farihan via ohmymedia
No comments: