Header Ads

Semalam ialah hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri. Start dari pagi tu, dia tak henti-henti wish, Tapi saya...



Semalam ialah hari ulang tahun perkahwinan saya dan isteri. Start dari pagi tu, dia tak henti-henti wish - "Happy anniversary yang ke-6 abang. Semoga rumahtangga kita kekal bahagia selamanya". Tapi saya,
saya hanya diam. Macam orang takda perasaan. Sepatah pun saya tak keluarkan perkataan.

Zohor tu, dia ucap lagi. Dan saya masih begitu. Hinggalah lepas tu, saya baring dan tertidur atas toto.

Petang tu, dalam pukul 5.30 tak silap, dia datang kat saya. Masa tu saya tengah baring kat sofa. Dia datang dan parking tangan dia kat dada saya. Dia macam confuse, kenapa dengan saya hari ni. Macam sedih je. Perasaan pun macam takda.

Hinggalah dia tanya.."Abang.. abang masih sayangkan saya ke?" Masa tu, dia tenung saya lama. Macam mencari jawapan kat wajah saya.

Saya letak henset kat tepi dan saya pandang balik wajah dia. Mata dia. Alis dia. Kening dia. Pipi dia. Dagu dia. Hidung dia. Semua-semua lah. Dia jadi malu dan dia balas balik dengan senyuman.

Lepas saya tengok dia macam tu, dia tanya lagi "Abang.. abang masih sayangkan saya lagi ke?" Tatkala tu lah, bila saya dah pendam dari pagi tadi, setelah sekian lama dia menantikan ucapan dari saya, akhirnya pecah mulut saya menyuarakan apa yang terbuku di hati ni.

"6 tahun beb, aku hidup dengan perempuan ni. 6 tahun. Bukan satu tempoh masa yang pendek. Kalau budak sekolah, dari darjah satu sampai 6 kau tahu, dah matang dah dia."

Bila dengar saya cakap macam tu, dia macam terkejut. Perlahan-lahan dia jatuhkan muka dia kat dada saya, dan saya dapat rasakan ada air hangat yang membasahi baju saya.

"Dulu, aku tak boleh nak tengok rambut dia. Aku tak boleh nak lihat wajah dia sedekat ni. Aku tak boleh nak sentuh muka dia. Tapi sekarang, semua tu aku dah boleh buat"

Dia teresak-esak.



"Dia ni lah beb, yang hadap perangai aku selama 6 tahun ni. Banyak dia berkorban untuk aku. Aku tahu mak aku pun banyak berkorban untuk aku, tapi dia ni pun tak kurang banyaknya jugak dia berkorban untuk aku.

Dia sanggup bagi perut dia kena belah, lahirkan anak untuk aku . Bukan sorang, bukan dua tapi tiga. Puteri-puteri yang tengah tidur tu ha.

Dia ni lah yang sanggup dengar kata aku. Bila aku suruh duduk rumah jaga anak jangan kerja, dia ikut. Padahal dia berpelajaran. Ada master. Tapi rela duduk rumah, tolong aku cari duit lebih buat online bisnes sambil jaga anak. Penat toksah cakaplah. Aku tahu memang penat tapi dia tetap buat.

Dia ni lah yang masak untuk aku. Sediakan aku sahur. Sediakan aku makan masa nak berbuka. Sediakan aku air bila aku pulang dari kerja. Dia ni lah. Perempuan ni lah yang buat semua tu. Sejak dari aku kahwin dengan dia dulu sampailah sekarang. 6 tahun dia buat semua tu untuk aku kerana patuh pada aku.

Tapi aku, cuba aku tanya diri aku, apa yang aku dah berikan pada diri dia? Adakah dia banyak bersedih dari gembira? Adakah dia banyak menangis dari ketawa? Aku je yang tahu jawapan tu beb. Aku je.

Harini, dia tanya aku "adakah aku masih sayang kat dia?" Ni aku nak jawab "gila aku tak sayang." Mana nak cari orang macam ni. Mungkin ada. Tapi dalam sejuta belum tentu ada satu"

Air mata saya pun laju je mengalir saat tu. Sedih. Saya pun jadi sebak. Tapi saya nak luah jugak. Biar dia tahu.

Dan last sekali, masa dia masih menangis, saya cakap apa kat dia? Saya cakap "terima kasih sayang, terima kasih. Terima kasih untuk 6 tahun ni kerana masih sudi menjadi isteri abang"

Lepas tu saya dah tak boleh cakap lagi dah. Saya join dia menangis, sampailah pukul 6, kami nangis sama-sama

* Kehidupan dalam rumah tangga ni begitu banyak cabaran dia. Keadaan dia 360 darjah berbeza dari zaman kita bercinta. Bila ada anak, keadaan akan bertambah worst kalau dua-dua tak jalankan tanggungjawab dengan baik.

Tapi tu lah, jodoh pertemuan ajal maut tu, semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Tugas kita ialah menjalankan tanggunjawab dan menjaga amanah ini sebaiknya. Selebihnya, kena serahkan kepada Dia. Sebab Dialah sebaik-baik Perencana
.
Kredit : Karyawan bisu

No comments:

Powered by Blogger.