(12 Gambar) Neelofa kongsi sendiri pengalamannya temani BFF ke 'delivery room'
Perhubungan persahabatan yang istimewa antara pengacara Neelofa bersama rakan baiknya Shameela Seddek telah menarik perhatian netizen, apabila semalam pengacara MeleTop itu telah berkongsikan foto dirinya menemani rakannya itu ke dewan bersalin.
Foto tersebut telah dikongsikan pengacara itu dalam satu muat naik di Insta Storynya, berserta kapsyen “Congrats Shameela Seddek! Alhamdulillah. It was a priceless experience to be in the delivery room to witness everything. So proud of you.”
It was a priceless experience to be in the delivery room…
Selepas kematian datuk tercinta, Neelofa ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia berasa lebih ingin menghargai masa dan waktu bersama orang yang tersayang. Maka, peluang menemani rakannya ke labour room telah memberikan pengacara ini suatu kenangan dan moment terbaik.
Persahabatan Neelofa dan Shameela
Bagi peminat dan pengikut laman Instagram pengacara terkenal itu, pastinya mereka mengetahui tentang persahabatan antara Neelofa dan Shameela yang sekian lama bersama.
Pernah bercuti bersama-sama di Itali dan ketika majlis perkahwinan Shameela, Neelofa turut menjadi bridesmate yang menemani Shameela ketika bersanding. Foto yang dimuat naik mereka berdua, menunjukkan keakraban persahabatan mereka.
Vacation di Itali with BFF
Bridesmate majlis perkahwinan Shameela
Sumber : IG Neelofa, IG Shameela via ohmymedia
No comments: