Hanyalah Disebabkan Suruh Kemas Rumah, Remaja Ini Sentap Dan Bertindak Lari Dari Rumah
Alahaii kau ni dikk. Dek kerana ditegur supaya mengemas rumah dalam nada suara yang tinggi, seorang remaja dipercayai merajuk dan nekad melarikan diri. Dah besar panjang pun nak sentap ke?
Ibu remaja tersebut Hasanatul Khalikah Ali, 39 tahun berkata pada hari kejadian dia melihat anaknya keluar rumah dengan membawa beg namun dia tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anak sulungnya itu.
"Selepas itu saya nampak dia keluar bawa beg tapi taklah terfikir dia nak lari, mungkin dia pergi ke rumah kawan."
"Mungkin agaknya dia merajuk dengan saya,"
Hasanatul ada beberapa kali cuba menghubungi Ainin selepas kali terakhir melihat anaknya pada hari jumaat lalu termasuk menghantar mesej menerusi WhatsApp tetapi tidak dijawab, lapor Sinar Harian.
Ibu remaja terbabit buntu memikirkan tentang keselamatan Ainin yang berusia 17 tahun, Hasanatul bertindak untuk bertanya tentang anaknya itu di dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
"Kawan Ainin beritahu anak saya selamat dan kini berada di rumah ibu tirinya di Port Dickson. Paling saya risau apabila dia cakap nak pergi ke Johor."
"Saya nak cari Ainin pun tak tahu alamat rumah ibu tirinya di mana. Saya betul-betul risau kerana dia perempuan dan berada di bawah tanggungjawab saya sebagai ibu kandung sejak ayahnya meninggal dunia Jun lalu,"
Malah Hasanatul juga berjanji untuk tidak lagi memarahi Ainin dan hanya mahukan anaknya itu kembali ke pangkuannya dalam keadaan selamat, kerana dia terlalu merindui anaknya itu.
"Ibu minta maaf jika terkasar, sebagai seorang ibu, saya menegurnya demi kebaikan. Lagipun dia anak sulung dalam lima beradik dan menjadi harapan saya."
Hasanatul juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kelmarin.
Ramai juga netizen yang mendoakan supaya anaknya dapat balik dengan selamat. Dan tak kurang juga ada yang memberi seidkit ‘nasihat’ kepada remaja tersebut supaya tidak ‘kurang ajar’ kepada ibunya.
Bagi anda yang baca artikel ini dan ternampak Ainin di luar sana, diminta untuk menghubungi 011-20701969 ataupun maklumkan di balai polis berdekatan.
Sumber : Lawaksiyot
No comments: