“Bukan ini caranya kami dilayan untuk kamu lepaskan kepuasan na fsu kamu yang j ijik” – Jue Aziz
Nampaknya Jue Aziz dah tak tahan lagi dengan satu perkara yang sedang menimpanya. Sikap seorang pengikut Instagram yang kurang sopan membuatkan Jue Aziz berang dan tak senang dengan kejadian berkenaan.
Dipercayai lelaki bernama Zul Arifin sering ganggu Jue Aziz dan telah mengeluarkan kata-kata kesat pada ruangan komen ketika Jue sedang mengadakan sesi ‘live’ bersama peminat.
Ini komen Jue Aziz kepada individu bernama Zul Ariffin itu:
“Disebabkan penyangak ini terlalu hati hitam busuk, tak peduli dimaki, terus followers Jue suruh tamatkan live.
“Risau akan mengaibkan Jue dengan kata-kata yang kotor. Budak-budak bawah umur tengok pun tak manis.
“Harap penyangak ini diberi hidayah. Kesian ibu bapa awak. Fikir-fikirkanlah. Tengok balik muka orang tua awak tu.
“Penat besarkan awak, tetapi inikah balasan awak kepada mereka,”
Jue Aziz akui kesal apabila sering menerima komen negatif daripada individu seperti itu di media sosial.
Menerusi satu entri di Instagram (IG), Jue Aziz telah meluahkan rasa hati dan menjelaskan sebagai seorang selebriti mereka juga harus diberi ruang dan tidak dipandang hina oleh masyarakat.
“Peringatan! Tolong hormat ruangan kami (celebrity) dengan kata-kata membina bukan dengan kata-kata hina #kotor #luc @h.
“Kami juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kami sanggup luangkan masa untuk followers tapi bukan cara ini kami dilayan untuk kamu melepaskan kepuasan n@ fsu kamu yang j ij ik.
“Disebabkan segelintir sikap beginilah boleh membuatkan kami dipandang hina dan tidak bermaruah!
“Pada followers yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa yang baik-baik hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian. Amin Teruskan support”
Semoga Jue Aziz tabah dengan gangguan seperti ini.
Sumber: MHETV / Ig Jue Aziz
No comments: