Header Ads

'Adil ke saya kena bayar harga itu, walhal kucing saya hilang' - Wanita ini terkejut beruk dicaj RM787.90 untuk kos penjagaan kucingnya oleh pet shop ini



"Nak share sikit. Kucing milik kawan saya hilang selama 42 hari. Then, sekarang ini masalahnya, kucing kawan saya ini telah ditemui oleh pemilik pet shop, Meyaw Cat Mart (MCM). Dia post di Facebook dia tentang kucing itu untuk mencari pemilik kucing berkenaan.

"Apabila kawan saya nak pergi tuntut kucing miliknya, pemilik pet shop itu dah inform siap-siap yang dia akan kenakan caj untuk kos penjagaan kucing itu.

"Adakah patut orang itu caj dengan harga seperti itu?" demikian perkongsian Ara Lyana di Facebooknya jam 5.04 petang semalam.




Difahamkan, kucing jantan milik Mieza Sharip yang diberi nama Toby, hilang dari kediamannya di Kampung Bendahara semasa dia tiada di rumah, pada 22 Oktober lalu.

30 Oktober, seorang pemilik pet shop, MCM memuat naik gambar seekor kucing ditempatkan dalam sangkar memaklumkan bahawa mereka menemui kucing itu di kaki lima. Pihak berkenaan meminta pemilik kucing itu tampil untuk menghubungi mereka bagi tujuan tuntutan, malah memaklumkan pemilik kucing akan dikenakan caj kos penjagaan.

"Sekarang dia ada di Meyaw Cat Mart. Dijaga, diberi makan/minum, disediakan pasir. Jadi, tuan empunya akan dicaj kos-kos tersebut. Harap faham ye. Terima kasih," kata pihak berkenaan.



Namun kegembiraan Mieza menemui Toby yang selamat dari sebagai kejadian yang tidak diingini terbantut apabila dia dimaklumkan tentang caj yang dianggap tidak munasabah dan tidak adil untuk dia.

Berdasarkan mesej itu, MCM mengenakan caj sebanyak RM787.90 yang merangkumi perkhidmatan boarding, servis, accessories dan produk.

"Adil ke saya kena bayar harga yang saya pun tak sangka macam ni? Saya pun tak tahu awak bagi makanan kucing saya yang mahal macam tu. Saya nak kena bayar macam ni? Adil ke? Walhal kucing saya hilang.

"Rumah saya di Kampung Bendahara, saya pun tak sangka dia sampai ke sana dan tak tahu siapa yang ambil dia," kata Mieze.





MCM pula memberi penjelasan bahawa mereka mengenakan caj mengikut harga sebenar tanpa tambahan satu sen, malah menegaskan mereka telah memberikan diskaun yang banyak.

"Pertama, kami caj ikut harga sebenar tidak ada apa-apa tambahan 1 sen pun. Malahan kami bagi diskaun banyak.

"Keduanya, kami dah maklumkan kepada awam semasa kami iklankan tentang caj-caj tersebut.

"Ketiga, kami belum lagi buat boarding secara rasmi. Tapi cik dipersilakan cari boarding yang caj RM5 sehari.

"Sekiranya cik rasakan tak berbaloi, biarlah kami jaga," respon pihak berkenaan.

Sementara itu, Ara Lyana berkata, pihak berkenaan tidak sepatutnya berbuat demikian dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

"Ye, memang niat dia nak tolong jaga itu baik, tapi janganlah melampau nak cekik orang. Mau nye orang tak ada duit nak claim, jadi dia ambil kesempatan jual kucing orang," kata Ara.

Bagi mempertahankan diri, pihak MCM pula tampil mengeluarkan kenyataan berikut.

"Pihak kami masih berbincang lagi dengan 'owner' tentang harga yang kami tawarkan. Memang awalannya bila kami letak notis bahawa penuntut kucing akan dikenakan caj, kami sedar memang penuntut nantinya tidak akan berpuas hati walaupun dah diberi diskaun dan diberi butiran terperinci caj-caj tersebut.

"InsyaAllah, kami faham tentang halal/haram dalam berniaga dan sangat tak boleh ambil lebih daripada sepatutnya sebab itu kami bagi diskaun.





"Apa yang disediakan dan diberi kepada kucing tersebut selepas tiga minggu adalah di atas sayang kami kepada kucing tersebut dan anggap macam kucing kami sendiri.

"Barang-barang yang dicaj memang dah tak boleh dijual sebagai barang baru sebab dah terkesan dengan penggunaannya. Jadi, tak adil untuk kami jual kepada awam dan kami pun tak jual barang-barang terpakai.



"Ini adalah mesej semasa mula-mula 'owner' claim kucing tersebut. Semasa kami adakan perbincangan antara pengurusan, kami nak caj ikut standard boarding paling murah dari RM10 hingga RM15 (akan jadi RM900 lebih). Tapi berniaga bukan matlamat utama kami sebab tujuan berniaga sebagai muslim adalah untuk berikan kebaikan dan khidmat kepada masyarakat tak kira apa kaum dan agama.

"Apa-apa pun abang kepada penuntut akan hadir berbincang dengan salah seorang pemilik MCM dalam masa terdekat. Mohon tuan-tuan puan-puan tengok amaun-amaun tersebut dengan mata, akal, hati dan iman. Sama ada munasabah atau pun tidak," kata pengendali laman Facebook MCM.

Sumber: Ara Lyana, Mieza Sharip, Meyaw Cat Mart via the reporter

No comments:

Powered by Blogger.