Inilah Cara Paling Mudah Dah Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental, Hasilnya Memang AWESOME!
Ibu-ibu mesti pening kepala bila tengok baju sekolah anak-anak yang semakin kusam. Terutamanya bagi anak yang lasak, kekotoran adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Kalau terkena pada baju sekolah yang putih pula, boleh fobia dibuatnya!
Mari kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.
CARA BERKESAN BASUH BAJU PUTIH TANPA PERLU MENYENTAL
Sebelum apa-apa, mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.
BAHAN-BAHAN
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ini rupa sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja.
CARA-CARA
Ini pula langkah mencucinya.
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil ‘kembang hidung’ melihatkan kebersihannya.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton.
SELAMAT MENCUBA
Wah, rupanya ada ‘sabun rahsia’ yang digunakan untuk menjadikan basuhan lebih bersinar.
Macam tak percaya, tapi belum cuba belum tahu, kan?
Bagi yang dah cuba, jom kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang lain.
Terima kasih dan silakan share ya!
*Cara cuci baju putih ini dikongsikan oleh Puan Zakiah Hassan dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Kalau ada pertanyaan atau nak lebih tips, boleh rujuk post asal atau follow beliau.
No comments: