Header Ads

"Pengalaman Pertama Bila Anak Demam Tarik,Kita Panggil Anak Tak Respon Pun” - Ibu Muda Ini Kongsikan Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Berdepan Situasi Panik Ini,Sungguh Berguna Ilmu Ini Ibu-Ibu Sekalian...



Demam sawan atau fabrile seizure ini seringkali terjadi pada anak-anak kecil apabila mereka mengalami demam panas. Demam tarik yang seringkali disebut oleh orang-orang tua ini boleh menyebabkan trauma dalam kalangan ibubapa. Seperti yang berlaku dan dikongsikan oleh keluarga ini dimana anaknya telah mengalami demam sawan tanpa diduga.

KAKI TANGAN ANAK KEJANG DAN MENGIGIL…

Ini pengalaman pertama bila anak “DEMAM TARIK” @ “Demam Sawan” waktu raisha kena tarik.. Rasa apa lah dah jadi ni. Kami suami isteri kelam kabut tak tentu arah bila melihat raisha jadi macam tu. Apa perkara yang patut perlu buat pun tidak tahu dan benda terlintas dalam fikiran bawa ke hospital je lah.



Mak bapak mana yang tak risau kalau melihat situasi anak masa tu terjadi seperti mata tengok atas (belalak) kaki tangan kejang mengigil lepas tu kacip gigi. Kita panggil anak dia tak respon apa pun. Memang merisaukan sangat masa itu. Waktu terjadi tarik @ sawan kat raisha pukul 1.50am masa tu suami baru lepas bagi raisha minum bila dia berdiri tetiba tarik @ sawan tu terjadi. Ini memang pengalaman pertama. Kami tak pikir apa- apa dah terus bergegas bawa ke hospital. Sesampai je hospital keadaan raisha dah makin beransur reda. Doktor memberi suntikan antibiotik dan check darah raisha. Sementara menunggu result darah raisha.



Doktor memberi penerangan tentang situasi yang berlaku pada raisha. Suhu yang terlampau panas boleh menyebabkam demam sawan. Ini ada sedikit penerangan tentang demam tersebut.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI DEMAM SAWAN
1. Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil. Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .


Posisi mengiring yang perlu dilakukan sekiranya anak terkena demam tarik supaya air liur mengalir kua untuk mengelak daripada berlaku tersedak air liur ketika demam tarik berlaku.

5. Biasanya bayi – bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi-bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali – kali sehingga usianya tujuh tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat – ubat yang boleh mencegah sawan .



Sumber: Hartieka Sahar

No comments:

Powered by Blogger.