Header Ads

Masihkah Ingat Lagi Anda Dengan Wanita Video Viral “Macam Cantik Je, Macam Comel Je”? Beliau Baru Saja Bergelar Ibu. Wanita Cantik Aktif Ini Kongsi Bagaimana Caranya Berpantang Untuk Kembali Langsing, Hasilnya Tersangatlah AWESOME!



Masih ingat lagi tak dengan wanita dalam video tular “macam cantik je, macam comel je, awek legoland?”

Kini si cantik yang lebih dikenali sebagai Asyalliee sudah bergelar ibu kepada bayi lelaki bernama Haider Mikael, 3 bulan.



Ibu muda yang mengakui kehadiran anak sebagai penyeri kebahagiaannya dan suami seronok menyandang gelaran baru tersebut.

Sebagai seorang youtuber, instafamous dan kini bergelar ahli perniagaan yang menggunakan bakat serta kecantikan dan penampilan diri untuk membina kerjayanya, Asyalliee harus sentiasa tampil menawan.

Justeru selepas melahirkan anak pada 2 Januari lepas, Asyalliee gigih memastikan berat badannya kembali langsing namun tetap mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sepanjang berpantang.


Selepas dua minggu bersalin, Asyalliee ada berkongsi caranya berpantang yang boleh dicontohi oleh ibu-ibu lain yang nak cepat turunkan berat badan dan kembali langsing.

Jangan risau, ia selamat dan instafamous yang mempunyai pengikut instagram mencecah 1.3 juta ini masih lagi menyusukan bayinya sehingga sekarang.



Assalammualaikum, haa ramai terkejut dalam masa 2 minggu asya dah kurus kan?  Tetapi pipi masih membulat yee. Haa ni cara asya berpantang yaa. Ni asya ikut cara kakak asya punya pantang.

1. Makan 2 kali sehari sahaja ( pagi dan petang )
2. Lauk yang asya makan setiap hari Nasi putih panas + Ikan salmon sahaja tapi kekadang tambah dengan sup sawi
3. Kadang kadang asya makan Nasi putih panas + ikan haruan bakar
4. Malam pula kalau lapar asya hanya makan biskut + milo o panas
5. Asya tak amalkan apa apa jamu lagi buat masa sekarang sebab BF . Lagi pun anak kena jaundice masa mulanya .
6. Bengkung ! dari tengahari sampai petang sahaja .

Dalam masa 2 minggu sahaja luka jahitan asya dah sembuh
asya amalkan :
– Makan ikan haruan
– Makan oren manis ( jarang + sedikit saja )
– Sapu ubat kuning + minyak gamat + serbuk manjakani
– Jangan baring lama sangat , jangan duduk lama sangat , jangan berdiri lama sangat .
Lepas tu ramai terkejut dalam pantang boleh keluar, yee saya keluar pergi klinik yaa MashaAllahh

Sumber: Instagram Asyalliee

No comments:

Powered by Blogger.