Jika Isteri Ada 3 Ciri Ini, Wahai Suami Tolonglah Sayang Dan Jaga Ketat-ketat, Sebab Dialah Rezeki Anda Melimpah Ruah Nanti
Isteri ini macam mana susah pun kehidupan suami, dia takkan senang-senang ambil keputusan untuk tinggalkan pergi atau pasang badan cari pengganti. Hish! Simpang lah benda-benda semacam itu. Sebabnya, isteri ini memang terkenal dengan sifat setia nak kata ‘membabi buta’ pun iya.
Tak percaya? Sebabnya cuba kalau suami merayu-rayu minta pinjam duit. Ada isteri kata, “tak ada bang..” Paling tidak akan dikoreklah mana-mana tabungan yang ada untuk diberikan pada suami. Cuba kalau isteri yang minta dekat suami. Hmm.. memang taklah mendapat.
Eh, tapi cerita atas tu bukan semua suami. Kang sentap pula suami-suami yang bertanggungjawab lagi luhur budi pekerti ini. Cerita atas itu adalah kisah kebanyakan suami-suami yang ada di Malaysia ini. Mereka lebih rela belanja kawan-kawan, dari anak isteri sendiri. Alasannya, anak isteri dah dibelikan siap-siap barang-barang dapur. So.. nak apa lagi?
Kalau nak dikisahkan hal di atas sampai seribu satu malam pun tak habis. Panjang catatannya nanti. Paling tidak, muak nanti lelaki baca hal-hal yang menjentik emosi mereka. Jadi terus sajalah masuk pada tajuk perbincangannya.
Tentang ciri-ciri isteri yang tak seharusnya suami lepaskan apatah lagi persia-siakan. Sebab bukan senang nak jumpa, tapi jika terjumpa walau 2 ciri pun suami dah kena pegang kemas-kemas. Jangan lepas. Kalau tak rugilah hidup kome sepanjang hayat.
1. Isteri Yang Tak Pernah Berkira Dengan Suami Yang Gaji Kecil
Bukan semua orang lelaki rezekinya melimpah ruah. Ada orang tuhan uji dengan had pendapatan yang cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan ahli keluarganya. Tapi isteri yang sabar, dia tak merungut. Bila suami bergaji kecil dia tak meminta itu dan ini. Sebaliknya, dia pula yang berusaha gigih membantu menambah pendapatan suami.
Tak kiralah dia bekerja sampingan atau buat kerja yang tak perlu keluar rumah. Misalnya menjaga anak orang. Haa.. semua itu dilakukan dengan ikhlas sebab nak memudahkan kerja suami. Jangan pula bila isteri dah setia separuh mati tu, suami lemparkan kata-kata,
“Kalau aku tak kerja, kebulurlah korang anak beranak.” Atau
“Hidup aku ni susah sebab kena tanggung mulut kau dan anak-anak.”
Ewah.. ewah, senangnya berkata-kata ya. Isteri dan anak-anak itu amanah yang tuhan beri untuk dijaga, dipelihara dengan panduan yang telah tuhan tetapkan.
2. Isteri Yang Terima Seadanya Walau Terpaksa Tinggal Di Rumah Kecil
Bukan rumah besar atau kecil yang menentukan bahagia sesebuah rumah tangga. Bahagia itu dapat diperoleh bila hati suami atau isteri saling belajar mensyukuri nikmat yang tuhan beri. Kalau dah rumah kecil mampunya suami, isteri happy saja membesarkan anak-anak di situ.
Terjaga elok pula tu, rumah yang suami sediakan. Malah, rahmat dan keberkatannya melimpah ruah nanti. Sampaikan bahagia itu tak lagi diletakkan pada nilai harta benda. Dan tak senang sebenarnya nak jumpa isteri-isteri yang sebegini di zaman serba mencabar ini.
3. Isteri Yang Melihat Keupayaan Suami Dengan Mata Hati
Faham tak maksud ini? Suami jangan nak macam-macam. Isteri ini kalau dia nampak suaminya susah, dia pun hatinya susah sama. Masa inilah dia akan merasai apa yang suami alami. Rasa nak tukar ganti tempat suami dengan dirinya. Tapi mana boleh buat macam itu kan.
Jadi dia akan belajar untuk memperbaiki diri, supaya dia tak menjadi seorang isteri yang memberi beban pada suaminya. Kalau dia tak pandai masak, dia akan belajar memasak sampai boleh berniaga. Dari situlah dia dapat cari pendapatan lebih nak bantu suaminya.
Sebab dia tahu, had keupayaan suaminya. Yang kalau dipaksa-paksa nanti akan membuatkan suami lebih bertambah susah hati. Jika anda dapat isteri yang begini sifatnya, sayangilah mereka. Lindungi mereka dengan apa pun kemampuan yang anda ada wahai suami. Kerana merekalah isteri terbaik yang telah tuhan berikan kepada anda sebenarnya.
Dan percayalah, jika anda menjaga amanah ini dengan baik, tak merungut malah redha. Allah akan gantikan kesukaran itu dengan kesenangan. Ganjarannya nanti anda sendiri tak kan sangka pun. Tapi kenalah ikhlaskan hati tu ya.
Sebab hidup kat dunia inikan semuanya ujian. Ingatlah tak ada satu pun yang jadi milik kita sebenarnya. Semua ini pinjaman dariNya yang suatu hari nanti kita kena pulangkan juga.
sumber : mingguan wanita
No comments: