Header Ads

Didik Anak ‘Tak Makan Saman’ Dengan Surah Al-Baqarah? Ibu Bijak Ini Kongsi Dua Ayat Mudah Yang Patut Diamal Oleh Setiap Ibubapa



Haaa… bukan mudah ya nak ajar anak-anak, namun jangan cepat putus asa. Mak-mak boleh cuba cara yang dikongsikan oleh pengasas Abounur Kids, Puan Nur Khairunnisa Iskandar atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Ummi Nisa.

Mana ibu yang tak risau hati kalau anaknya jenis tak cepat tangkap bila diajar sesuatu yang baru.

Apalagi yang perlu guna logik akal seperti matematik. Boleh UP rambut mak, eh.

STRATEGI DUNIA
Apa yang boleh kita lakukan atau kita kongsi dengan ibu-ibu dan guru-guru yang berhadapan dengan situasi ini:

1. Waktu sesi penerangan, kecilkan sekecil kecilnya skop silibus tersebut, perlahankan kelajuan bercakap, pelbagaikan gaya pembelajaran.

2. Ulang. Practice makes perfect. Jika anak lain 10 kali ulang, anak ini maybe memerlukan 100 kali ulang.

Heart beat kencang tuh. Dah rasa memang sakit tapi… Subhanallah



Percayalah. Inna maal ‘usri yusra.

3. Jaga makan minum anak.

4. Perhatikan suasana dan apa yang sering ada di sekeliling anak. Biliknya, bahan permainan dan bacaannya, sekolahnya, kawannya, habitnya, hobinya… kita sendiri.

Apa yang boleh kita adjust supaya dapat jadi “alat bantu” penggerak kelajuan tahap kefahaman dan kesedaran anak.

5. Bersama dengan anak… konsisten riadah. Sebab akal yang sihat ada pada badan yang sihat.

Ini antara sedikit strategi dunia.



STRATEGI AKHIRAT
1. Tambah solat taubat dan hajat kita. Doalah sekiranya hijab anak lambat faham itu kerana kelalaian atau dosa kita… mintalah DIA ALLAH AL FATTAH buka jalan.

2. Jika anak tu sudah besar sikit, ajaklah anak untuk sering puasa sunat. Ia mencerdaskan minda.

3. Sedekah. Hadiahkanlah selalu juadah untuk guru atau sekolah tempat anak kita belajar. Ia memberi kegembiraan. Ia mampu menjadi magnet tarik kebaikan buat anak dan kita

4. Doa buat kawan-kawan anak kita. Ajak anak doa bersama untuk kejayaan dan kemudahan faham amal ilmu buat kawan. Banyak malaikat akan turut doakan yang lebih lebih baik buat kita

5. Bantulah kawan kawan anak kita yang memerlukan bantuan… tak kiralah apa pun bentuk bantuannya. Sebab janji Allah, Allah akan bantu kita selama mana kita bantu hambanya yang lain.

Kelebihan Surah Al-Baqarah, Didik Anak Yang Tak Makan Saman
Menurut wanita ini, ada beberapa ayat daripada awal surah Baqarah ini yang dia sudah mula untuk apply dalam komunikasi harian. Nah, jemput amalkan…

Ayat Nombor 7 Surah Al-Baqarah

Bila rasa anak macam tak makan saman atau buat kesilapan yang sama berulang kali, atau macam bermalas malas untuk sesi brainstorm, sesi bedah hotak, saya bacakan ayat ini.

Baca bukan untuk menuduh atau doakan yang tak baik untuk anak.

Tetapi baca sebagai peringatan yang kita tak mahu termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Daripada ayat ini juga, kami tambah permintaan dalam doa harian kami.

Ya Allah, janganlah engkau tutup hati kami, telinga kami dan mata kami daripada dapat menilai mana yang Engkau suka mana yang Engkau benci. Dan jadikan kami dapat faham dan perbaiki diri bila menghafal Quran.

Ayat Nombor 9 Surah Al Baqarah



Nanti mama ayah rujuk ayatnya ya.

Maksudnya: Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Kami bincang tentang sindrom ringan mulut menipu dan suka buat buat cerita. Huhu memang tengah membesar ni, semua nak tunjuk yang indah sahaja depan ummi..

Ayat ini, bila saya apply, waktu dapat detect anak buat cerita atau menipu..saya akan highlight 2 point

 wa ma yakhda’uuna illa anfusahum

 wa ma yash’urun

Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah.

Moga asbab ini, Allah mudahkan jalan.

sumber : FB  Puan Nur Khairunnisa Iskandar

No comments:

Powered by Blogger.