Header Ads

Doktor Pakar Sakit Puan Pemurah Ilmu Ini Ajar Wanita Cara Lakukan ‘Saline Douching’ Yang Betul Bagi Elak Jangkitan Kuman Dalam Peranakan



Bahaya juga sebenarnya bila kaum wanita menghadapi jangkitan kuman dalam peranakan.Menerusi perkongsian oleh Dato’ Dr Hamid Arshat,antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.

Rupanya jangkitan kuman pada far aj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai Saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik

Dr Hamid Arshat ada berkongsi video yang dirakamkan dari Bilik Bedah hospital yang ketika itu baru sahaja selesai melakukan pembedahan laparoscopy dua orang pesakitnya.

Menurut Doktor Pakar Sakit Puan terkenal ini, kedua-dua pesakit tersebut ada mempunyai jangkitan kuman dalam peranakan yang menyebabkan pelbagai masalah lain seperti saluran fallopian tersumbat, sekaligus boleh mengakibatkan ketidaksuburan.



Dr Hamid ada berkongsi antara punca yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada para wanita.


1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu fa raj mudah mendapat jangkitan kuman.

2.Tidak Menjaga Kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan ha id tidak menjaga kebersihan sekitar far aj.

3.Imuniti Rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman.Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kem aluan.

4.Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.

5.Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.

Salah satu langkah bagi membersihkan far aj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah Saline Douching.



Bahan Diperlukan:
1 gelas Air Suam
1 Sudu Garam Halus
Kapas
Sarung Tangan ( Glove)
Cawan Pakai Buang
Vaseline

Cara-Caranya:
1.Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2.Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut.
3. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut
4. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam 4 hingga 5 kali.

*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kema luan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.

Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


sumber artikel : https://www.mingguanwanita.my/dr-hamid-arshat-ajar-wanita-cara-lakukan-saline-douching-bagi-elak-jangkitan-kuman-dalam-peranakan/

No comments:

Powered by Blogger.