Header Ads

Bukan mudah untuk mandikan bayi terutamanya kepada ibu yang baru pertama kali bersalin. Jadi, jururawat ini tunjukkan kaedah sebenar kepada anda, semoga bermanfaat



Memandikan bayi yang baru dilahirkan bukanlah satu perkara yang mudah. Biasanya ia dilakukan oleh orang tua yang lebih berpengalaman dalam hal tersebut dan akan dipelajari oleh ibu khususnya mereka yang baru pertama kali melahirkan.

Di dalam video ini, seorang jururawat ini telah menunjukkan kaedah terbaik dalam memandikan bayi kecil. Melihat bagaimana lembut dan mahirnya tangan jururawat berkenaan, membuatkan kita semua teruja dan ingin tahu bagaimana dia membuatkan ia kelihatan begitu mudah.



Lebih menakjubkan lagi, bayi itu langsung tidak menangis, merengek mahupun menendang-nendang sekali gus membuktikan bahawa bayi ini sangat selesa dengan cara jururawat itu mengendalikannya.

Pusat penjagaan bayi ini terletak di Hanoi, Vietnam dan menyediakan perkhidmatan khusus buat para ibu bapa baharu yang memerlukan penjagaan dan perapian bayi masing-masing. Dalam sesi memandikan bayi, ia bukan sekadar melibatkan barangan mandian seperti sabun dan tuala tetapi juga urutan manja supaya bayi merasa tenang dan selesa ketika dimandikan.



Menurut pakar, terdapat beberapa perkara yang wajib anda tahu ketika memandikan bayi:

Urutan mandian adalah dari atas ke bawah dan anda harus memakai bayi dengan alat pelindung telinga bagi mengelakkan kemasukan air

Balut bayi dengan tuala mandi, basuh muka dan kepalanya sebelum meletakkan bayi di dalam besen

Letakkan alas pada besen bagi mengelakkan kes-kes tergelincir yang boleh menyebabkan bayi cedera


Ketika membasuh muka bayi, jangan siram muka bayi dengan air. Sebaliknya, gunakan tuala basah dan lap muka, mata, mulut dan hidung dengan lembut
Pastikan air berada pada suhu yang sesuai. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas
Pastikan anda tidak memandikan bayi lebih daripada 10 minit


  • Jangan beri bayi susu 30 minit sebelum mandi bagi mengelakkan muntah. Susukan bayi selepas anda memandikannya kerana ini akan membuatkan bayi tidur dengan lebih lena


sumber artikel : http://www.erabaru.com.my/2018/08/10/bukan-mudah-untuk-mandikan-bayi-jadi-jururawat-ini-tunjukkan-kaedah-sebenar-kepada-anda/

No comments:

Powered by Blogger.