Header Ads

budak perempuan ini menyanyi lagu ‘The power of love’ oleh Celine Dion dan hasilnya sungguh AWESOME, ramai yang tidak percaya dengan bakat sikecil ini...



Untuk menyanyi lagu-lagu nyanyian Celine Dion bukan sesuatu yang mudah. Celine Dion terkenal dengan nada suara yang tinggi. Namun tidak bagi budak perempuan ini, kerana dia berjaya menyanyikan lagu klasik Celine Dion, The power of love dengan begitu merdu.

Bakat budak perempuan ini menyanyi lagu 'The power of love' oleh Celine Dion tiada bandingannya

Video ini adalah nyanyian pertama Cydel Gabutero yang dimuat naik ke halaman YouTube rasminya, dan dengan secara tidak sengaja berjaya menarik perhatian 15 juta tontonan.


Video itu dimuat naik kira-kira tiga tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2015, dan ia dapat dilihat memiliki bakat yang terpendam apabila berjaya menyanyikan lagu klasik Celine Dion, The power of love dengan begitu baik.

Pada waktu itu, dia hanya seorang gadis berusia 10 tahun yang baru sahaja mula memuat naik video nyanyiannya di YouTube, dan berjaya menawan hati penonton videonya, yang juga bertanggungjawab menyebarkan videonya ke rangkaian sosial lain.



Tidak dinafikan, Cydel akan terus mengejutkan kita dengan bakat dan gayanya yang hebat ketika menyanyikan lagu-lagu yang lain.

Era Baru

No comments:

Powered by Blogger.