Header Ads

Beza usia 12 tahun bukanlah satu penghalang, cikgu lelaki ini nekad kahwin dengan anak muridnya sendiri



Shamsul Bahari berkongsi beberapa keping gambar di laman Twitter miliknya setelah selamat diijabkabulkan dengan gadis tersebut, Intan Hairi pada 18 Ogos lalu.



“Hari tu tengok cikgu fizik perempuan kahwin dengan anak muridnya, sekarang tiba giliran guru fizik lelaki dan anak muridnya. Saksikan Cikgu Fizikku, Suamiku di TV3,” tulis cikgu berusia 32 tahun itu.



Posting tersebut menarik perhatian orang ramai dan diulang kicau sebanyak 9,849 kali dengan mendapat 8,347 tanda suka.

Rata-rata muridnya turut mengucapkan tahniah atas ikatan pernikahan tersebut malah ada juga meminta tips bagaimana cara untuk mengorat crush yang menjadi idaman.

Tahniah cikgu & isteri…


Selamat pengantin baru!



Siap boleh jadi tajuk drama…




Macam mana korang mengorat?




Menerusi laman Instagram isterinya, gadis berusia 20 tahun itu juga ada berkongsi beberapa keping gambar majlis perkahwinan untuk tatapan pengikut mereka.






Alhamdulillah! Tahniah Shamsul & isteri. Siapa sangka cikgu yang mengajar kita dalam kelas masa zaman ‘hingusan’, boleh jadi pasangan hidup kan?

Sumber : Shamsul Bahari , Intan Hairi

sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/beza-12-tahun-bukan-penghalang-cikgu-lelaki-kahwin-anak-murid-sendiri/

No comments:

Powered by Blogger.