Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Dalam Kenyataan Ahli DAP, M Kulasegaran, Siapakah Pendatang Sebenarnya? Adakah Melayu Pendatang Di Negeri Tanah Melayu?
28 Julai 2018, M Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan merangkap Menteri Sumber Manusia, mentakwil dakwaan tentang kenyaataan beliau mengatakan dalam isu kononnya orang Melayu adalah pendatang di negara ini, dan kaum India merupakan penduduk asal. Katanya, ia merupakan fitnah dan pembohongan kerana ia telah diputar belit tanpa latar atau konteks yang sebenar.
Menurutnya, dalam satu majlis, beliau menjelaskan bahawa orang India telah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu dan agama Hindu dibawa oleh kaum tersebut.
Ini ialah transkrip video dalam bahasa melayu,
“Kebanyakan orang telah lupa. Orang Hindu mula-mula menjejaki negara ini 2500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana. Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah ( Melayu) yang sebenarnya pendatang! .Kita dan Melayu adalah setaraf. Tapi hari ini, semua ini sudah dilupakan. Tanyalah kepada anak-anak kita yang bersekolah tentang sejarah asal usul kita; mereka akan berkata Guru di sekolah telah ajar yang orang Hindu menetap di sini 100 tahun yang dahulu. Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini!. Pergi beritahu kepada semua, kenyataan ini keluar dari mulut saya. Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2500 tahun yang lepas. Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita. 2500 tahun dahulu kita sudah menetap di sini. Kita mempunyai semua hak untuk berada di tanah ini. ” M Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Menteri Sumber Manusia.
Walaubagaimanapun, beliau hari ini menafikan kenyataan tersebut, ini ulasan beliau;
Saya telah hadir di satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu, dan mengemukakan pandangan saya yang antara lain menjelaskan bahawa kita tidak sepatutnya tuduh-menuduh dengan menggelar seseorang atau sesuatu kaum sebagai pendatang.
“Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Sehubungan itu, saya berpendapat tidak adil jika kaum India digelar sebagai pendatang, berdasarkan faktor-faktor sejarah itu. Saya tidak menyebut sama sekali tentang orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata” – M Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Menteri Sumber Manusia.
Kita sama-sama berkongsi kehidupan di Malaysia. Dalam majlis berbahasa Tamil itu, saya tidak menyebut sama sekali tentang orang Melayu.
Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan, M Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Menteri Sumber Manusia. mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu. Beliau juga mendakwa, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemui di sana.
Mengulas lanjut, beliau berkata, agama Hindu merupakan agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Nusantara.
“Ia kemudiannya berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini serta menjadi popular pada abad ke15. Transmigrasi pula merupakan proses natural yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi. Ini fakta sejarah.” – M Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Menteri Sumber Manusia.
Justeru beliau menekankan agar sejarah diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap.
“Ini penting agar setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri.” – M Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Menteri Sumber Manusia.
sumber artikel
No comments: