Pernah Ada Satu Ketika, Duit Dalam Bank Cuma Ada 8 Ringgit, Dalam Beg Ada Seringgit. Ya Allah Permudahkanlah Rezeki Ku Dengan Amalan Zikir Ini. Insha Allah, Mari Kita Amalkan...
Kadang-kadang kita mengeluh, kenapa kita susah, kenapa perniagaan kita tidak maju dan berada di takuk lama. Kenapa anak-anak kita tidak jadi seperti anak orang lain. Tidak berdaya maju dan berdaya saing.
Mungkin kita lupa. Sebenarnya rezeki tidak mahu mendekati kita. Rezeki seolah-olah takut dengan kita. Yang kita perolehi sedikit itu mungkin ihsan daripada Allah SWT kepada kita. Oleh itu, di sini dinyatakan beberapa zikir yang mampu menggamit rezeki untuk kita sama-sama amalkan.
Zikir ini tidak perlu bayar dan percuma. Hanya perlu bekerja menggunakan bibir kita sahaja. Sesungguhnya bibir kita mampu menggamit rezeki Allah jika kena caranya. Bacalah bila-bila masa sahaja, waktu malam, waktu pagi, waktu petang dan sebagainya.
Zikir boleh dilakukan di mana-mana
7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI
1. Banyakkan menyebut kalimah La Hawla Wala Quwwata Illa Billah sepertimana yang diriwayatkan oleh At-Tabrani:
“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”.
2. Banyakkan menyebut kalimah La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubeen sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Ad Dailam:
“Barangsiapa setiap hari membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubeen maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi pententeram dari rasa takut dalam kubur”.
3. Banyakkan menyebut kalimah Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil A’ziim sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat:
“Dari setiap kalimah Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil A’ziim itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah SWT sehingga hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”.
4. Membaca Surah Al-Ikhlas. At-Tabrani meriwayatkan di dalam hadithnya:
“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaannya menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan jiran tetangganya”.
5. Membaca Surah Al-Waqia’h. Hadith diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman bahawa:
“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqia’hsetiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”.
6. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sepertimana yang diceritakan oleh Saiyyidina Umar bin Al-Khatthab berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat ke atasnya dan mengangkatnya sepuluh darjat”.
(Dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan Sanad Ma’lul)
7. Sentiasa Beristighfar. Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah menyebut:
“Barangsiapa yang melazimkan dengan beristighfar, nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”.
DOA MENJEMPUT REZEKI
Doa adalah senjata umat islam.
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia.
Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu.
Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dan diri saya. Jika kita tidak mampu amalkan kesemuanya, lakukan yang termampu. Asalkan kita istiqomah. Insyaallah jika dilakukan sedikit demi sedikit, lama kelamaan ianya lengkap dan kita mampu lakukan kesemuanya
No comments: