Janganlah Nanti Sampai Bila Orang Tanya Siapakah Itu Rosmah Mansor, Najib Bagi Jawapan 'Tak Tahu' - Netizen
Pendedahan MalaysiaKini mengenai sepucuk surat daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu mencetuskan kekecohan di kalangan rakyat.
Isu itu menjadi semakin hangat apabila mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan surat berkenaan dihantar atas arahannya selain mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenainya.
Pelbagai reaksi ditunjukkan rakyat menerusi laman media sosial di mana rata-ratanya menyuarakan kekhuatiran sekiranya Najib melakukan suatu tindakan yang boleh menyebabkannya dilabel sebagai pengkhianat negara.
Habislah kita kena nyanyi lagu kebangsaan Amerika
Ramai netizen mempersoalkan kenyataan Najib menafikan surat berkenaan sedangkan terdapat tandatangannya di atas surat itu.
"Yang mana satu betul ni Najib oii," komen netizen.
Sementara itu, segelintir netizen menyindir bekas PM itu yang sering mengeluarkan jawapan 'Saya Tak Tahu'.
Najib, apa yang dia tahu?
Dalam masa sama, beberapa netizen berseloroh 'memetik' nama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya boleh memberikan jawapan yang lebih baik daripada 'tak tahu'.
Sementara itu, segelintir netizen menyatakan perasaan mereka yang sudah muak dengan jawapan sama diberikan bekas pemimpin negara itu.
Muak dengan alasan tak tahu
Sebelum ini, MalaysiaKini mendedahkan sepucuk surat dikirimkan kepada CIA yang meminta AS memberi sokongan kepada Najib sekiranya kerajaan Barisan Nasional menang walau dengan hanya majoriti mudah atau satu kerusi. - CARI
No comments: