(Gambar & Video) Berpelukan depan orang ramai mengalahkan pasangan suami isteri, hubungan Fasha Sandha & Aidil Aziz dikecam peminat
Baru-baru ini pelakon cantik Fasha Sandha dikritik teruk oleh netizen apabila dia memuat naik gambar memakai pakaian yang kurang sopan namun kali ini beliau sekali lagi mendapat perhatian ketika membuat kejutan hari jadi untuk pelakon Aidil Aziz.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang jurugambar @aqoimaran, kelihatan Fasha sedang merangkul pinggang Aidil sambil bergelak ketawa di sebuah majlis telah berjaya menarik perhatian peminat mereka.
Kapsyen yang digunakan oleh @aqoimran yang meminta pengikutnya memberi ucapan untuk kedua pelakon tersebut telah pun bertukar menjadi komen yang berunsurkan kecaman malah ada juga di antara pengguna media sosial memuji hubungan ‘sweet’ pasangan berkenaan.
Adoi! Kahwin la dulu Fasha…
Antara komen netizen yang mengecam aksi Fasha dan Aidil yang kononnya dikatakan ‘sweet’ itu telah mengundang netizen lain untuk memberi nasihat tentang halal dan haram malah ada juga yang memerli mereka.
sumber artikel : OhMyMedia
No comments: