Header Ads

Daging bukan barang kawalan, dijangkan harganya akan melambung naik menjelang perayaan Aidiladha - Saifuddin


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna untuk menggunakan hak mereka sebagai pengguna dengan bijak membuat pemilihan pembelian harga munasabah membabitkan produk daging.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penjual pula dinasihatkan untuk mengamalkan etika perniagaan yang baik bagi memastikan harga daging yang dijual kepada pengguna tidak terlalu tinggi.

Menurutnya, daging bukanlah barang kawalan dan harganya ditentukan berdasarkan permintaan.

"Kerajaan hanya boleh beri nasihat dan syor kepada pengguna untuk guna hak mereka sebagai pengguna. Manakala, penjual pula dinasihatkan untuk lebih beretika.

"Bagaimanapun, saya berpendapat, langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan harga (daging) tidak membebani pengguna ialah membabitkan struktur usaha mencukupkan jumlah pengeluaran makanan," katanya kepada media selepas Program Pembukaan Malaysia International Retail Franchise Exhibition di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, tadi.

Turut hadir, Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua.

Saifuddin berkata, bekalan daging di negara ini ada yang merupakan keluaran tempatan dan ada juga yang diimport.

Menurutnya, nilai import makanan negara adalah sebanyak RM51 bilion dan eksport pula sebanyak RM31 bilion.

"Wujud defisit sebanyak RM20 bilion... sangat tak seimbang. Itu kerana ketidakupayaan kita mengeluarkan makanan yang mencukupi termasuklah keperluan daging.

"Dulu pernah ada projek NFC (National Feedlot Corporation) tapi gagal," katanya. - sinar harian

Menteri: Daging bukan barang kawalan, dijangka naik menjelang Aidiladha


Kurang sebulan untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, harga bekalan daging dijangka naik ekoran item tersebut bukan dalam kategori barangan kawalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata harga daging bergantung kepada penawaran dan tawaran.

“Oleh sebab itu, jangkaan harga bekalan itu akan naik menjelang hari raya korban disebabkan permintaan yang tinggi.

“Kita (kerajaan) hanya boleh berikan cadangkan agar rakyat menggunakan haknya sebagai pengguna dan membuat pembelian pada harga yang munasabah dan tidak membebankan.

“Manakala peniaga pula, kementerian suka menasihati agar berusaha mengamalkan etika peniaga yang baik dan selebihnya itu berasaskan kepada amalan pasaran ekonomi terbuka dan ekonomi bebas,” katanya semasa sidang media Ekspo Peruncitan dan Francais Tempatan dan Antarabangsa 2018 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan tidak mampu mengawal harga daging kerana negara tak berupaya mengeluarkan bekalan makanan yang mencukupi.

“Dahulu pernah ada usaha ternakan lembu untuk bekalan daging tempatan seperti National Feedlot Corporation (NFC) tetapi gagal.

“Atas sebab itu kita bergantung kepada daging import berbanding daging eksport sebagai bekalan kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap negara dapat mengusahakan keperluan bekalan daging yang mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat.

sumber gambar : Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

No comments:

Powered by Blogger.