Header Ads

Selain Lambang Cinta Agung, Ini Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Selain Lambang Cinta Agung, Ini Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

“Taj Mahal bukan sekadar bangunan semata-mata tapi lambang cinta agung yang diabadikan namun tersimpan 1001 rahsia.”

Taj Mahal masih tersergam indah walaupun telah bertahun-tahun dibina. Terletak di Agra, Uttar Pradesh, India, semua pun tahu kisah disebalik pembinaan keajaban dunia ni yang melibatkan kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz.

Korang tau tak sebenarnya ada banyak kisah yang menarik disebalik Taj Mahal ni. Ia bukanlah sekadar bangunan semata-mata tapi lambang cinta agung yang diabadikan namun tersimpan 1001 rahsia. 

1. Mumtaz merupakan isteri ketiga tapi cinta pertama Shah Jahan

Selain Lambang Cinta Agung, Ini Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Shah Jahan merupakan Sultan Empayar Mughal India pada tahun 1628 hingga 1658. Nama Shah Jahan berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud pemerintah dunia. Dia merupakan pemerintah kerajaan Mughal yang kelima dan dikenali sebahagian Shah Jahan Yang Hebat.

Pada tahun 1607, Shah Jahan keluar berjalan ke Bazar Meena dan ternampak seorang gadis cantik sedang menjual sutera dan manik. Jatuh cinta pandang pertama, Shah Jahan tertarik dengan gadis yang bernama Arjumand Banu Begum yang kemudiannya dikenali sebagai Mumtaz, seorang Puteri Parsi. Mereka bertemu ketika Shah Jahan berumur 15 tahun dan Mumtaz pula baru berumur 14 tahun.

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Selepas berjumpa dengan Mumtaz, Shah Jahan menyatakan hasrat nak kahwin dengan gadis itu kepada bapanya dan selepas lima tahun berlalu mereka pun berkahwin. Walau bagaimanapun, Mumtaz ketika itu merupakan isteri ketiga Shah Jahan tetapi adalah yang paling disayanginya.

2. Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Shah Jahan telah anugerahkan isterinya itu dengan nama Mumtaz Mahal yang bermaksud Permata Istana dan mengamanahkannya untuk memegang cop mohor diraja selepas dia menjadi maharaja. Mumtaz juga selalu ikut Shah Jahan kemana jua dia pergi termasuklah ke kempen ketenteraan.

Namun, pada tahun 1631, Mumtaz Mahal meninggal selepas melahirkan anak yang ke-14 kerana komplikasi. Ketika Mumtaz sedang nazak, Shah Jahan menjanjikan dua perkara iaitu tidak akan berkahwin lagi dan akan bina makam paling indah di atas kuburnya.

3. Bermulanya pembinaan Taj Mahal

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Shah Jahan terlalu sedih dengan kematian Mumtaz dan berkabung selama dua tahun. Dia juga mula mendirikan monumen yang paling indah di dunia sebagai tanda ingatan dan lambang cintanya kepada Mumtaz.

Taj Mahal yang bermaksud Mahkota Istana telah dibina pada tahun 1632 dan siap sepenuhnya pada tahun 1653 dengan kos yang dianggarkan sebanyak 32 juta Rupee pada waktu itu. Bagi menyiapkan Taj Mahal, 20,000 pekerja telah digunakan dan arkitek utamanya ialah Ustaz Ahmad Lahauri.

4. Cerita turun temurun mengatakan arkitek Taj Mahal diarahkan dipancung oleh Shah Jahan

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Taj Mahal merupakan makam yang paling indah dan tiada bangunan lain setanding dengannya. Bagi mengelakkan bangunan lain melawan kecantikan Taj Mahal, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkitek, Ustaz Ahmad Lauhari dan penukang lain pula dipotong tangan mereka.

Walau bagaimanapun, tiada dokumen sejarah ataupun bukti yang mengatakan Shah Jahan perlakukan macam tu dekat mereka. Sebab Shah Jahan ni dikatakan seorang yang sentimental dan tidak ada bukti kezaliman sepanjang pemerintahannya.

5. Terletaknya makam Mumtaz dan Shah Jahan di Taj Mahal

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Bangunan Taj Mahal dikatakan kompleks, besar dan simetri serta terletaknya makam Mumtaz dan Shah Jahan selepas kematian mereka. Makam mereka terletak betul-betul di bahagian tengah Taj Mahal. Bagi melindungi makam Mumtaz, ketua arkitek telah membina menara dengan teliti supaya sekiranya bangunan tersebut runtuh, ia tidak akan menghempap dan merosakkan makam Mumtaz.

6. Taj Mahal dibina dari bahan-bahan yang indah

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Tiada bangunan yang mewah zaman kini dapat menandingi Taj Mahal kerana bahagian bumbung, kubah dan menara diperbuat dengan marmar putih serta seni mozek yang sangat cantik. Selain tu, sebanyak 43 jenis batu permata termasuk berlian. jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan bagi menghasilkan Taj Mahal.

Taman yang berada di luar Taj Mahal terdiri daripada lorong-lorong yang mempunyai bunga-bunga indah dan terdapat empat charbagh melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

7. Kaligrafer khat Taj Mahal menulis nama untuk hasil kerjanya

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Dalam Taj Mahal ni ada banyak tulisan khat di bahagian dinding yang diambil dari Quran di bawah penyeliaan Abd-al Haqq yang juga dikenali sebagai sebagai Amanat Khan Shirazi. Abd-al Haqq diberi peluang keemasan yang jarang dilakukan pada zaman tu untuk menulis nama bagi hasil kerjanya.

Dia yang dikenali dengan sifat merendah diri mengambil peluang dan menulis nama bagi menandakan hasil kerjanya di bahagian dalam kubah: “Ditulis oleh makhluk yang tidak penting, Amanat Khan Shirazi”

8. Taj Mahal menyamar jadi kawasan pokok buluh masa perang dunia kedua

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Semasa perang kedua meletus, pastinya monumen sejarah begini menjadi target kepada musuh. So, untuk elakkan Taj Mahal dibom oleh pihak Jerman dan Jepun, pihak kerajaan telah meletakkan buluh untuk menutupi Taj Mahal supaya dari pandangan pilot, Taj Mahal hanyalah bangunan buluh.

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Walaupun di dalam gambar hanya menunjukkan bahagian kubah Taj Mahal yang ditutup, namun dipercayai kesemua bangunan Taj Mahal ditutup rapi dengan buluh. Strategi yang sama digunakan semasa peperangan di antara India dan Pakistan pada tahun 1965 dan 1971.

9. Terdapat mitos Shah Jahan rancang untuk membina Black Taj Mahal untuk dirinya

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan sama seperti Taj Mahal tetapi berwarna hitam di seberang Sungai Jumna. Idea asal kononnya datang daripada seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra.

Berdasarkan mitos Taj Mahal Hitam, bangunan itu akan menjadi makam untuk Shah Jahan yang akan dibina siap dengan jambatan bagi menghubungkan terus kepada Taj Mahal. Walau bagaimanapun, proses ini terbantut selepas anaknya mengambil alih takhta dan mengarahkan marmar hitam yang disediakan untuk pembinaan Taj Mahal Hitam dibuang ke dalam laut.

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

But, bila penggalian dilakukan pada tahun 1990 dijalankan untuk membuktikan mitos ini, mereka hanya menemui marmar berwarna putih sahaja. Ada juga scholar yang mengatakan terdapat marmar hitam di Mehtab Bagh yang merupakan lebihan daripada Taj Mahal Hitam tetapi telah dibuktikan bahawa marmar tersebut pada asalnya berwarna putih dan bertukar warna hitam setelah bertahun lama.

10. Pada penghujung hidup Shah Jahan, dia tidak dibenarkan menjejak kaki ke Taj Mahal

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Sembilan tahun sebelum kematiannya, Shah Jahan jatuh sakit dan menyebabkan anak-anak lelakinya bergaduh merebut takhta bapanya. Tapi, tanpa disangka Shah Jahan sihat balik tapi dah terlambat untuk dia nak selamatkan takhta daripada anak-anak lelakinya.

Dua daripada anak lelaki hasil daripada perkahwinan dengan Mumtaz, Dara Shikoh dan Aurangzeb bergaduh bagi mendapatkan takhta. Shah Jahan pada ketika itu menyebelahi Dara tetapi malangnya Aurangzeb yang berjaya mendapatkan takhta itu.

Fakta Menarik Tentang Taj Mahal Yang Tersimpan 1001 Rahsia

Dengan kemenangannya, Aurangzeb telah membunuh Dara dan memenjarakan bapanya di Agra bagi memastikan Shah Jahan tidak akan cuba untuk mendapatkan takhtanya semula. Yang sedihnya, dari penjara Shah Jahan, dia hanya dapat melihat Taj Mahal dari jauh sahaja.

Kini Taj Mahal menjadi tarikan pelancong dan diiktiraf sebagai salah satu keajaiban dunia kerana merupakan permata seni muslim di India dan salah satu karya yang dikagumi oleh warisan dunia. Pada tahun 2007, Taj Mahal merupakan pemenang New7Wonders of the World.

Siapa nak pergi? Jom!


No comments:

Powered by Blogger.