Mengimbas Pembunuhan Kejam 4 Beranak Oleh Keluarga Sendiri di Gemencheh Tahun 2010
“Saya buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar.”
Kadang-kadang kita sendiri pun tak faham apa yang mendorong seseorang tu untuk membunuh. Lebih menyedihkan, orang yang dibunuh adalah family dorang sendiri, seperti apa yang berlaku kat empat sekeluarga di Gemencheh yang kena sembelih dengan kejam oleh orang yang dikenali. Aduhai!
Bagi yang tertanya-tanya siapa empat sekeluarga ni dan kenapa kejam sangat orang lakukan pembunuhan ni, baca kronologi kes pembunuhan ngeri empat beranak di Gemencheh tahun 2010.
1. Siapa empat beranak ini?
Tak ada siapa yang dapat sangka, 4 Januari 2010 merupakan hari malang untuk empat orang mangsa ni. Mereka ialah Atan Daud, seorang bekas imam masjid kat Kampung Batang Rokan, Gemencheh yang dah pun berumur 90 tahun dan isterinya, Sufiah Keatas yang berusia 80 tahun. Dua lagi mangsa pula bernama Ismail Awang, 76, iaitu menantu kepada pasangan warga emas tadi dan anaknya, Siti Khadijah Ismail yang baru je berumur 22 tahun.
Kesemua empat orang ni ada pertalian darah dengan suspek. Dan korang takkan percaya kalau kami bagitahu suspek ni cucu kepada imam masjid tadi dan anak serta abang kepada Ismail Awang dan Siti Khadijah. Seriuslah… sampai hati buat macam tu!
2. Kejadian di hari malang
Siti Mariam Ismail, 18, baru je balik dari sekolah dalam jam 3.30 petang macam tu. Actually dia dah mula rasa pelik masa dalam perjalanan balik sekolah lagi bila bapa dia, Ismail Atan yang supposedly ambik dia naik motor kat jalan besar tak datang-datang. Jadi sebab dah lama tunggu, Siti Mariam rasa lebih baik je dia jalan kaki balik rumah.
Sampai je kat rumah, Siti Mariam panggil kakak dia tapi tak jawab. Dia start dah rasa semacam sebab kakak dia selalu sambut dia balik dari sekolah. So dia pun bukak pintu macam biasa dan tiba-tiba dia nampak mayat kakak dia dah terbaring atas lantai. Apa yang lebih mengerikan, sebilah pisau dilihat terpacak tepat ke dada Siti Khadijah!
“Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah,” kata Siti Mariam yang memang trauma habis masa tu.
3. Pencarian bahagian anggota yang hilang
Siti Mariam dalam keadaan trauma |
Well that’s not the scariest part! Masa Siti Mariam pergi ke rumah datuk dan nenek dia kat sebelah, dia jumpa mayat dorang dalam keadaan yang SANGAT mengerikan. Datuknya hilang tangan kiri dan nenek dia pulak hilang tangan kanan. Bapa dia? Hilang kepala daripada badan!
Menurut polis, semua mangsa ditemui dengan kesan tetakkan pada tubuh badan dorang menggunakan pisau yang tercacak kat dada Siti Khadijah. Dan polis jelas-jelas cakap, kes ni memang tak ada kena mengena dengan samun ke, mencuri ke dan lain-lain yang berkaitan. Dorang assume yang cucu kepada Atan Daud ni lah suspek utama dalam pembunuhan.
Rasidi Ismail, 34, dikatakan melarikan diri naik motosikal Suzuki biru lepas lakukan perkara terkutuk tu. Dan kunci kepada kes ni ialah bila polis dapat jumpa kepala Ismail Awang yang hilang entah ke mana masa dorang temui mayat tu.
4. Akhirnya suspek ditahan!
Rasidi tunjuk tempat dia tanam kepala bapa dia |
Menurut Kosmo, Rasidi dah bawak kepala bapa dia tu dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan naik bas sejauh 120 km untuk tanam kepala tu dekat Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Orang dalam bas tu tak bau busuk atau pelik ke dengan dia ni??
Suspek ni mula kantoi bila dia serang seorang anggota polis bantuan kat jejantas Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sekitar jam 4.05 petang. Pada mulanya, polis bantuan tu dah syak Rasidi ni suspek membunuh bila dia bandingkan suspek dengan gambar yang dia dapat dari headquaters. Bila Rasidi ni sedar dia diperhatikan, apa lagi dia terus keluarkan pisau dan serang polis tu dengan tiba-tiba sampai timbul pergelutan dekat 20 minit!
Rasidi terus diberkas dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan lepas soal siasat dia pun setuju untuk bawak polis ke tanah perkuburan Islam kat Shah Alam untuk tunjuk tempat dia tanam kepala bapa dia dalam jam 9.45 malam macam tu. Gali punya gali, dorang jumpa plastik yang mengandungi kepala yang ditanam hampir dua kaki dalam. Wuish gilalah!
5. Tapi sebenarnya tak bersalah?
Lepas polis jumpa kepala Ismail Awang, bapa kepada Rasidi ni, suspek terus dipakaikan baju pasung dan dihantar ke IPK Negeri Sembilan. Selesai perbicaraan kes, Mahkamah Tinggi Seremban dapati Rasidi tak bersalah sebab dia ni tak siuman dan mengalami skizofrenia. Rasidi sebenarnya boleh dengar suara-suara kecil bisik kat telinga dia dan suruh dia buat benda-benda yang tak sepatutnya.
Malah si Rasidi ni pun ada cakap benda-benda pelik masa polis soal siasat dia, contohnya:
“Saya buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar.”
Sebenarnya Rasidi ni bukanlah teruk sangat seperti korang sangkakan. Dia seorang graduan Universiti Teknologi Malaysia dan dia jugak menurut satu forum ni dikatakan dah alami banyak kekecewaan sebab putus tunang banyak kali. Ada kemungkinan dia ni dah menuntut ilmu yang tak sepatutnya untuk buang ‘sial’ akibat putus tunang tu.
6. Ibu masih sayangkan suspek
Kejadian yang menimpa keluarga ni memang susah nak diterima Siti Mariam dan ibunya Zaharah Atan, 59 yang tak ada di tempat kejadian masa pembunuhan tu terjadi. Bagi Siti Mariam, perkara ni bukan perkara mudah untuk dia lupakan sebab dia orang pertama yang jumpa mayat-mayat orang yang dia sayangi.
“Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan,” kata Siti Mariam.
Bagi Zaharah pulak, dia macam tak percaya bila dapat tahu yang Rasidi buat perkara ni semua. Rasidi ni anak yang baik sebab dia sangat bijak, tak pernah tinggikan suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Malah sebelum tu Rasidi ni pernah bekerja sebagai pegawai bank, cerita Zaharah.
Sebagai seorang ibu, Zaharah tak sampai hati nak bencikan Rasidi. Walau apapun yang jadi, dia tetap maafkan anak dia tu. Sucinya kasih sayang seorang ibu…
“Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak. Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia,” kata Zaharah lagi.
Apapun marilah kita doakan semoga Rasidi cepat sembuh dan keluarganya tabah hadapi dugaan ni. Kalau korang perasan ada kawan yang alami masalah psikologi, cepat-cepatlah dapatkan bantuan untuk dia. Kesian kalau dah jadi macam ni.
Sumber: Kosmo /Syahril Kadir/lobakmerah.com
No comments: