Jawapan Adam Corrie Bila Ada Individu Yang Mempersoalnya Guna Gelaran ‘Abah’
“Ada yang tanya kenapa guna gelaran ‘abah’, itu bahasa melayu. Gunalah bahasa cina, untuk panggilan ayah kerana saya org cina.”
Berikutan menggunakan panggilan Abah, ada segelintir netizen bertanyakan mengapa pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah menggunakan nama panggilan tersebut.
Mungkin terlampau ramai sangat bertanya membuatkan Adam, 50 tahun memuat naik satu ‘tweet’ di laman Twitter miliknya memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Ada yang tanya kenapa ‘abah’, itu bahasa melayu. Gunakan bahasa cina, untuk panggilan ayah kerana saya org cina.
“Saya suka panggilan ‘abah’, orang melayu pon ramai yang guna ‘daddy’, dada, abi, walid yang bukan dari bahasa melayu. Ikut selesaan masing-masing,” tulisnya.
Mudah sahaja penjelasan Adam, pada kami betul juga apa yang dikatakan pelakon KL Gangster tersebut. Setiap orang kan ada kesukaan dan keselesaan masing-masing. Kenapa nak kena persoalkan?
Terdahulu, Adam ada memuat naik foto imbasan wajah bayinya di laman media sosial beserta kapsyen ‘Abah’.
Bagaimanapun, foto tersebut dipadam setelah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Dalam pada itu, Adam turut berkongsi satu petikan kata-kata daripada Imam As-Syafie.
“Orang yang menegur kamu secara diam diam, bererti dia jujur menasihati kamu. Tetapi orang yang menegur kamu secara terang-terangan di depan orang lain, bererti dia menghina kamu- (Imam As-Syafie),” tulisnya lagi.
Kebelakangan ini, kami perasan bahawa banyak perkongsian Adam di Twitter mendapat perhatian netizen apatah lagi isu yang dinyatakannya adalah dekat dengan masyarakat. Selain itu, turut diselitkan sekali kata-kata nasihat.
Kami puji sikap Adam yang sering mengingatkan ‘kita’ yang mudah lalai dan terleka ini. Itulah yang sebaiknya kan? saling ingat-mengingati?
Sumber: Twitter Adam Corrie/mediahiburan.my
No comments: