Lelaki Bunuh Jiran Yang Asyik Tanya, Bila Nak Kahwin?
“Korang kat luar sana hati-hati la bila nak tanya orang bujang dengan soalan mati, bila nak kahwin? Dikhuatiri korang boleh mati kerana mulut korang tu. Kah!”
Korang yang masih bujang tu, apa perasaan korang kalo asyik kena tanya dengan soalan “bila nak kahwin?” Sekali sekala okay la kan contohnya kat kenduri kahwin sedara atau kawan-kawan.
Tapi, bayangkan kalo korang diajukan soalan yang sama setiap hari. Tak ke menyakitkan hati tu? Itulah yang berlaku kepada lelaki ini yang memilih menamatkan riwayat jirannya yang balik-balik nak tanya, bila nak kahwin? bila nak kahwin?
Faiz Nurdin yang berusia 28 tahun dan berasal dari Kampung Pasir Jonge, Indonesia dilaporkan telah membunuh seorang wanita bernama Aisyah yang berusia 32 tahun. Wanita yang juga jirannya itu dilaporkan asyik bertanyakan soalan yang sama setiap hari.
Menurut penduduk tempatan, Faiz sering diajukan soalan tersebut oleh wanita itu ketika berjalan lalu di hadapan rumah wanita itu.
Korang bayangkan la, lalu je depan rumah orang tu, korang kena tanya soalan yang sama berulang kali. Bayangkan kalo korang lalu rumah dia setiap hari. Tak ke muak korang jadinya.
Selepas memembunuh Aisyah, Faiz juga dilaporkan telah mencuri barangan milik mangsa yang berupa telefon pintar dan wang tunai.
Sebelum kena tangkap, Faiz berjaya meloloskan diri ke Kalidares, Jakarta tapi nasibnya malang apabila polis berjaya memberkasnya dan menembak kakinya.
Tak dapat dipastikan samada mangsa bertanya dengan nada ejekan ataupun gurauan sebelum dibunuh.
Tak sangka ada juga orang yang emo giler bila ditanya soalan bila nak kahwin ni. Tapi membunuh bukanlah tindakan yang bijak.
Korang yang bujang tu patutnya buktikan yang diri korang bukan tak mampu kahwin. Tapi belum sampai seru atau jodoh.
Sumber: elitereaders.com
No comments: