Header Ads

Kantoi Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

Kantoi Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

“Lelaki lain bukan sampah. Tapi saya. Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan bagilah saya move on dan teruskan hidup seperti biasa.”

Beberapa hari lalu kecoh di laman media sosial apabila seorang instafamous mendakwa telah dicurangi sebanyak enam kali oleh penyanyi muda yang terkenal menerusi single terbarunya ‘Luar Biasa’ – Ismail Izzani. Penyanyi berkenaan bertindak menyepikan diri daripada akaun twitternya beberapa hari selepas dakwaan terbabit tular.

Terbaru, Ismail Izzani memohon maaf berkenaan perkara tersebut terutamanya kepada peminat dan penyokong kariernya melalui akaun peribadinya di twitter.

‘Sekali penipu, selamanya akan menipu..’

Kantoi Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewanya beberapa hari lalu melalui akaun twitter dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan berita berkenaan.

‘Lelaki lain bukan sampah, tapi saya..’

Kantoi Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

Penyanyi Luar Biasa ini berterima kasih kepada semua yang telah mengemukakan kata-kata nasihat buat dirinya. Dia juga memohon agar semua pihak dapat memberikan dirinya peluang untuk move on dengan hidupnya.

‘Saya ada sebab sendiri dan ianya lebih baik seperti ini’

Kantoi Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

Ismail juga mengakui ada sebab tersendiri tentang perkara yang telah terjadi dan menganggap itu adalah jalan terbaik buat mereka. Dia juga tidak menghalang sekiranya ada lagi yang masih mahu berkata buruk berkenaan dirinya.

‘Saya mungkin belum bersedia..’

Kantoi Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf

“Sebagai seorang remaja mungkin saya tidak bersedia untuk mempunyai hubungan, tapi saya sekarang saya dah belajar dan akan memberi fokus yang lebih kepada karier saya. Saya mohon maaf kerana membiarkan penyokong saya sedih dan kecewa.”

Sumber: IsmailIzzani/ohbulan.com

No comments:

Powered by Blogger.