Header Ads

“Aku Duduk Kat Penjara Kajang, Ini yang Aku Alami Selepas Mona Fandey Mati di Tali Gantung”

“Aku Duduk Kat Penjara Kajang, Ini yang Aku Alami Selepas Mona Fandey Mati di Tali Gantung”

“Ini la pertama kalinya orang kena hukuman gantung, tapi tiada sedikit lebam pun di leher jenazah.”

Aku duduk Penjara Kajang lebih 20 tahun. Wanna hear the darkside right after dia di gantung? 

First of all, i didn’t say the article was fake. But it’s news you know, they won’t write the ‘darkest’ side since she’s already gone....

Hanya kami sebagai penduduk Penjara Kajang yang tau. Dan cerita ni tak pernah tersebar dekat luar. So, be ready....

Sebelum menjadi bualan, bukan niat mengaibkan. Tapi netizen perlu tahu?¿

Apa yang tersebar selama ini sekadar 50%. So marilah kita bersama sama mengimaginasikan kisah ini agar ianya menghantui malam anda semua

Tak dinafikan, sepanjang di penjara dan sebelum hukuman gantung Mona, dia memang sangat pandai mengaji, solat tak tinggal.

Namun itu semua reaksi biasa jika kau seorang BA ( Banduan Akhir) yang dihukum hukuman mati. 90% BA semua macam tu

Namun di sekitar malamnya di dalam sel penjara tersebut, apa yang sering terjadi?

Tiada siapa pernah tau. Nak tau? I will tell you lepas makan nasik ni

But sebelum ada yang tanya “lamanya duduk penjara kajang sampai 20 tahun kes apa bang” meh aku bang dekat telinga kau. Aku anak staff, bukan banduan sana k...

So cerita yang orang nampak Mona dekat chow kit bagai tu memang tak betul. Apa yang tak betul nya? Tempat tu tak betul. And yeh, she can be at two places at the same time back then...

How? Only God knows. 

“Aku Duduk Kat Penjara Kajang, Ini yang Aku Alami Selepas Mona Fandey Mati di Tali Gantung”

Tak perlu la aku ceritakan keadaan dalam sel penjara tu macam mana. Yang baca pasti pandai imaginasi. Long story short, pernah tengok cerita Mantera kan? Selepas jadi perkara tu banyak kali, lebih kurang macam dalam filem tu la sel Mona ni diorang ‘pagar’

Lepas buat macam tu. Barulah ‘kurang’ mengacau sampai luar. Ada yang cerita Mona terapung bagai? Bohong. Apa yang bohong? Terapung tu, yang betulnya dia mengadap dinding sel berborak setiap malam after isya’ and sebelum subuh.

Apa yang diborakkan? Tak dapat didengar dengan jelas. But some warden can hear a bit about “misi memulihkan”. Misi apa? Aku taktau. Nak tau nanti aku suruh Mona cakap dekat ‘kawan’ dia tu jenguk kau cerita apa patut

Hanya perkara macam tu je yang berlaku selama dia dalam Penjara Kajang. Sampailah saat dan hari dia menjalani hukuman gantung 2/11/2001....

Seperti semua BA (Banduan Akhir) yang lain, Mona pun tidak terkecuali mendapat soalan lepas dia selesai solat subuh “ada permintaan terakhir?” Kebiasaannya banduan akan meminta tinggalkan pesan apa apa, atau bagitau waris bahawa dia sayang diorang bagai and menyesal.

Lepas diajukan soalan macam tu, kau tau apa permintaan Mona yang terakhir yang tidak pernah diceritakan sehingga ke hari ini? Kemenyan

Ye kemenyan Mona mintak. Dia nak buat apa?¿ Jangan tanya aku. Tanya Mona tu

“Macam mana kau tau? Sembang ah. Tipu ah”

Aku cerita apa yang aku tau melalui ayah aku, jiran aku, and one of aku punya ustaz agama dekat Penjara Kajang. Why them? Cos diorang sebahagian daripada warden yang ditugaskan untuk melaksanakan hukuman gantung Mona. That’s how i know

Then berlangsung lah hukuman gantung Mona.... dengan sempurnanya Alhamdulillah. Tiada apa yang pelik pun berlaku jangan nak suspen sangat.

Until.....

... diorang cek jasad Mona untuk pastikan segalanya selesai. My father and some of warden, terkejut. Sepanjang 35 tahun pengalaman kerja, ni la pertama kalinya orang kena hukuman gantung, tiada setitik lebam pun di leher jenazah.

Even kau kebal mampos sekalipun, besi di tali gantung tu pasti meninggalkan kesan bengkak pada leher jenazah. You guys know how tali gantung berfungsi right? Kalau taktau gugel. Malas nak terangkan. That’s how Mona’s neck that time. Clean and clear.

“Macam mana jadi gitu?? Tak logik ah”

Kata pendengar kisah ni pada masa tu. But, hanya Allah yang maha mengetahui. Then selesailah segala urusan hukuman Mona. Penuh wartawan macam ada jomheboh dekat Penjara Kajang masa tu. Dia dikebumikan di tapak perkuburan Sg Kantan Kajang ni

Dan kami sebagai penduduk penjara (staff and anak staff aka bukan banduan k) sedikit sebanyak lega, cos there is no more prisoner yang ditakuti ramai, most magical and most wanted in Malaysia at that moment. Sampailah malam pertama setelah dia digantung......

Tempat aku duduk tu Taman Wira Jaya nama dia. Aku tau korang taknak tau tapi mampos la, aku nak bagitau jugak. So malam tu orang ramai la pakcik makcik anak muda membawang bawah flat, cerita pasal penggantungan Mona ni la. Sampai pukul 11 macam tu, then sorang sorang start balik

Aku pulak selaku anak muda taman tu, takkan nak balik. Malam masih muda. Lepak la apa lagi sampai pukul 2:30 pagi macam tu, aku dengar makcik menjerit dekat ada satu rumah depan blok aku ni...

Aku dengan member aku steady, sikit pun tak panik, cuma tulah kitorang terus balik rumah sendiri nak bagitau kat mak ayah. Maklumlah anak muda lagi masa tu. Bukan takut tau, just refer pada yang lebih arif

Masuk rumah dengan niat nak bagitau parents aku pasal bunyi jerit tu, then dengar ayah aku borak “Ya Allah kau betul tak ni? Tunggu kejap aku panggil Zul dengan Wan datang tengok” One of em adalah Ustaz yang ada masa penggantungan Mona tu

Bila dah dengar tu aku buat buat tanya la apa lagi. “Kenapa bah?” Nak tau ayah aku cakap apa?

“Aku Duduk Kat Penjara Kajang, Ini yang Aku Alami Selepas Mona Fandey Mati di Tali Gantung”

“Jal, tu umah pakcik blok depan tu, bini dia nampak Mona Fendy keluar tandas pergi dapur. Ni abah nak pergi tengok kejap, kau tunggu dengan mak dekat rumah. Kunci pintu pasang ruqyah”

Aku pun apa lagi, anak jantan kot. Takkan takleh jaga mak aku kan? Aku pasang ruqyah, kejut akak aku, ajak borak dekat beranda

Nampak? Bijak kan

By the way, beranda rumah aku mengadap blok makcik tadi tu. So boleh nampak beranda rumah dia dari beranda rumah aku. Sama sama tingkat 1. Aku pun nak tengok jugak apa yang jadi. Bukan taknak keluar pergi sana, tapi aku bagi pada orang yang lebih arif la uruskan

Then selang 10 minit macam tu, aku nampak ayah aku, ustaz tu and 4 5 orang pakcik lain jalan kaki pergi rumah makcik yang menjerit tadi. Aku taktau la apa jadi and apa diorang buat. But then tak sampai 15 minit diorang dalam rumah tu.....

Aku dengar ada perempuan jerit lagi. Kalini rumah sebelah tangga makcik tadi. Aku tengok ayah aku and pakcik pakcik yang dok dekat umah makcik first tadi pun keluar ke beranda nak tengok jeritan dari mana. Haaa, dah start kecoh dah kuarters penjara dari sini.....

This time yang jerit bukan makcik, tapi kakak member aku dekat blok yang sama just tangga sebelah. Orang muda punya jerit, bukan main kuat lagi. Aku perasan berapa bijik rumah terus terpasang lampu. Gila kau pukul 3 pagi camtu perempuan jerit, titanic pun boleh bangun dari tidur

Aku yang dengar ni pun rasa nak pecah telinga. This time aku keluar, nak tengok. Pasal tu rumah member aku. Dengan pantas aku keluar pergi kat ayah aku and follow dia pergi rumah member aku. Sampai je bagi salam bagai and masuk...

Tapi aku duduk luar. Maklumlah anak muda. Jengah ke dalam, nampak la kakak member aku ni nangis bukan main. Apa yang aku dengar dia cakap “sumpah mak tadi dia duduk dekat situ, kakak sumpah” sambil sambung nangis. Ayah dia tanya “betul dia?” Aku dalam hati “siapa je tak cam Mona”

Aku panggil member aku, tanya betul ke kakak kau nampak. Dia cakap, dia pun nampak. Member aku cakap dia duduk je, lepas akak dia jerit terus keluar ikut sliding door, hilang. And rumah member aku tingkat 3 kat situ. Lepas aku dengar camtu, aku terus masuk dalam meramaikan majlis

Bukan sebab takut. Tapi aku muda lagi masa tu korang kena paham, adrenalin lain macam. So masuk rumah tengok ustaz and pakcik pakcik bagi penenang kat kakak dia, call sana sini info orang lain. Then aku tengok luar bawah flat ramai orang berkumpul. Tak sampai setengah jam.....

Naaaah kau, dengar lagi perempuan jerit belakang. Kalini blok aku but bukan rumah aku nasib baik. Huru hara laa orang dekat bawah pergi rumah tu pulak. Aku tak ikut la this time, pasal dah tau sangat apa puncanya

Kecoh la taman aku malam tu. Lepas satu rumah ke satu rumah ‘dia’ masuk. Habis orang panggil buat ‘pagar’ sana sini

“Kau tak nampak ke? Sembang je” Ye tak, aku tak nampak, selamat dan bersyukur. By the way sebelum makin ramai yang cakap aku borak, ni alamat dulu aku dekat sana.

“Aku Duduk Kat Penjara Kajang, Ini yang Aku Alami Selepas Mona Fandey Mati di Tali Gantung”


So tak payah tanya macam mana aku tau. Kau duduk bandar diam je situ baca je pengalaman ni sebelum aku ubah ending dia jadi “lalu aku pun tersedar dari tidur sebab mak aku kejut bangun pagi nak pergi sekolah” haa nak?

Setelah semuanya agak reda pagi tu, barulah ayah aku and pakcik pakcik lain kumpul nak membawang and cari jalan penyelesaian. Namun buntu, diorang cakap cukup setakat situ, semua balik ke rumah masing masing. Dengan harapan ianya dah berakhir. Namun.....

Huru hara dia bukan setakat disitu saje. Habis sampai ke luar orang nampak. Ada sorang pakcik tu sampai masuk longkang eksiden jalan straight, apahal?? Tanya, dia jawab apa. “Nampak Mona jalan dekat tembok Man, menggelabah aku atas motor ni”

Dalam 3 hari setelah penggantungan Mona, tak tenang la tidur malam kami penduduk situ yang tau apa yang jadi. Namun tetap kami gagahi demi cinta kepada tanah air ini. Habis segala orang usaha untuk bendung dari berterusan, until malam ke 7 or 8 macam tu aku tak berapa ingat.....

Aku ajak member tidur rumah aku. Biasalah anak staff, tidur rumah kawan ni dah jadi kebiasaan, mak bapak tak kisah cos kenal lama satu tempat kerja. Pukul 2 pagi macam tu dari dalam bilik aku, member aku boleh tegur kata “jal, siapa dia mandi dalam bilik air? Aku nak berak ni”

Aku nak marah dia tak sampai hati, cos dia lagi besar dari aku. Aku pun beranikan diri la cakap “akak aku la tu kot”. Then dia cakap “sedap akak kau nyanyi kan”

Aku menung, dengar suara betul betul. Mampos, bukan suara akak aku, bukan suara mak aku, cos diorang tak pandai nyanyi

Otak aku berpusing, pikir, macam mana caranya untuk aku hilangkan rasa nak berak member aku ni. Sebab aku pasti dan yakin yang dalam bilik air tu bukan mak aku atau akak aku.....

Aku ajak member aku keluar bilik nak usha keadaan, aku bukak pintu then keluar tengok ruang tamu. Mak aku tengah sedap tidur dengan adik perempuan aku. Pintu bilik akak aku tutup rapat. Bilik air? Shower terpasang and lampu terbukak. Ayah aku? Kerja malam......

Dah tak dengar suara nyanyian tadi. Tapi, bohong la kalau aku takde rasa ragu ragu nak bukak pintu bilik air. Aku pun apa lagi, pasang ruqyah, then suruh member aku pi bukak pintu bilik air

Member aku ni bagus jenis patuh. Terus ketuk pintu bilik air sambil mengatakan “akak kat dalam ke? Ijan sakit perut ni” namun, tiada jawapan. Apa jadi? Member aku blah masuk bilik tinggal aku sorang. Babi

Aku pun dah resah punya pasal, try ketuk ketuk sampai terbukak pintu bilik air. And, there is no one in there..... hanya shower terpasang. Dengan pantas aku tutup semua and baring dekat ruang tamu sekali mak and adik aku

Baru 5 minit nak hilangkan keresahan, dengan selambernya adik perempuan aku boleh terjaga, terus duduk, pandang mengadap dinding, and borak.....

Remember that i’ve told you before apa Mona buat dalam sel act? Itu yang adik aku tengah buat...... itu je yang dapat aku bayangkan time tu

Aku jammed. Kejut mak aku, tak bangun pulak...

Aku gagahi panggil “dik, apahal kau ni? Cakap dengan siapa?” Dia tak layan, masih berbisik dengan dinding.. me be like please girl not at this hour..... 

Setelah beberapa kali panggil finally, dia pusing memandang aku, and.....

She said to me “perempuan tu cakap jam tu pusing laju bang” 

Mampos. Aku pusing kiri kanan, tengok, perempuan mana pulak dah.....

“Merepek apa kau ni. Perempuan mana?”

Adik aku jawab “tu, perempuan kat kerusi tu. Dia kejut adik tadi marah marah, cakap jam tu pusing laju. Cepat sangat nak subuh nanti dia dah takde masa dah”

Korang dapat tangkap tak apa yang bermain difikiran aku masa tu........

Aku terfikirkan Mona yang marah adik aku then suruh slow kan jam supaya lambat sampai subuh, cos dia kena gantung lepas subuh...

Aku takde idea. Aku tengok adik aku pun dah macam nak menangis muka and still borak bisik bisik dengan siapa tah. Aku tarik, baringkan sebelah mak aku

Adik aku baring, tak sampai 10 saat, pintu bilik air aku berbunyi macam ada orang tolak. Aku dongak kepala, adik aku pun sama. And then.... ada perempuan keluar dari pintu bilik air dan adik aku terus cakap.....

“Aku Duduk Kat Penjara Kajang, Ini yang Aku Alami Selepas Mona Fandey Mati di Tali Gantung”

“Haaa perempuan tulah cakap jam tu pusing laju tadi”

Dik. You gotta be kidding me....

And that thing straight terus ke dapur. Aku kaku. Walaupun aku tak nampak rupa dengan jelas, namun aku yakin tu ‘dia’ setelah semua yang berlaku kat tempat aku sehingga ke hari itu...

Kalini aku taknak gagahi dah! Kejut mak aku dengan cara paksa la apa lagi. Masuk bilik panggil member aku yang lena diulit intan. Then pergi dapur. Pintu dapur terbuka luas. And no one even there. Mak aku blur tanya “kau kenapa ngah?” Aku suruh adik aku cerita kat mak aku...

Mak aku lepas dengar apa adik aku cakap, terus call penjara mintak ayah aku balik rumah. Akak aku? Bangun terpinga pinga tak tau benda sampai la ayah aku dah balik. Balik dari mana? Rumah flat lama, ada orang nampak Mona dalam rumah jugak right after rumah aku......

Berjagalah kami sampai ke subuh, dengan ni harapan takde lagi dah. Alhamdulillah, setelah seminggu panas kawasan perumahan aku, ia berjaya dipulihkan oleh someone ni yang memang arif bab itu. Yang menyatakan segala amalan Mona tidak habis dibuang semasa hidup dia......

Dan apa segala ‘amalan’ yang tinggal dihujung hayat dia, itulah yang mengganggu perumahan aku masa tu,

dengan di iringi cerita yang aku tak pasti kesahihannya, mengatakan yang Mona mengucapkan sebelum nafas terakhirnya,

“Huhh! Aku tak akan pernah mati di dunia ini”....

Inilah some darkside story based dari pengalaman aku setelah penggantungan Mona suatu masa dulu. 

“Tapi macam tak horror je?” “Tak seram pun takkan tu je?”

Yup. Some facts aku tapis sikit, untuk menjaga sensitivity bersama....

Keyword, “some”

Should’ve add that ‘some’ on top of this thread. My bad, sorry. First time buat thread, won’t happen again. ☺️

Tonton video dokumentari siasatan kes jenayah yang paling kejam di Malaysia yang melibatkan Mona Fandey



Sumber: Twt @faizalcf

No comments:

Powered by Blogger.