Header Ads

“Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian” – Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

HAMPIR sebulan putus tunang, tetapi isu kemelut antara keluarga Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bagaikan tiada noktahnya apabila banyak pihak mula campur tangan.

Penat dengan pelbagai tohmahan yang diterima oleh penyanyi di bawah jagannya, Mahadhir Mohamad selaku pengurus Sufian mula membuka mulut serta meminta agar mana-mana pihak supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

“Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian” – Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

Malah, pihak pengurusan dari Aries Music turut berasa kesal dengan tindakan keluarga Elfira yang tidak habis memberi komen serta mendedahkan banyak perkara yang sepatutnya hanya menjadi rahsia antara mereka sahaja.

Selain itu, Mahadhir turut mengambil keputusan untuk mendedahkan bahawa kedua-dua pasangan itu masih lagi berhubung antara satu sama lain waluapun sudah rasmi putus tunang pada 18 Februari yang lalu.

Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

“Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.

“Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Pengurus Dedah Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antara Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

Bagaimanapun, isu putus tunang itu bertambah rumit apabila ibu Elfira sendiri, Filzah Yusoff meluahkan perasaannya menerusi beberapa status di akaun Instagram miliknya yang mana bagaikan menuduh penyanyi lagu Di Matamu itu sebagai seorang penipu.

Secara langsung perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanda tentang tujuan utama ibu Elfira menuduh Sufian sebagai penipu sedangkan mereka sendiri tidak tahu penipuan apa yang dimaksudkan.

GADIS YANG DIKATAKAN KEKASIH HATI SUFIAN SEBELUM DIA MENGENALI ELFIRA SEKITAR TAHUN LALU

Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

“Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu?

“Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mesra dan hanya kawan biasa seperti remaja lain, tapi orang luar yang salah faham. Biasalah zaman remaja berkawan begitu,” ujarnya lagi.

Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

Jika dilihat, Sufian tidak pernah lansung lari daripada pihak media, sebaliknya dia berusaha untuk menjawab Setiap pertanyaan namun masih tahu apa yang perlu dan tidak untuk dikatakan.

Keadaan bertambah agak rumit kerana Elfira langsung tidak menjawab segala persoalan yang timbul namun hanya ibubapanya sahaja yang tidak habis-habis mengelaurkan kenyataan.

Disebalik beberapa perkara, Mahadhir turut memberitahu bahawa Sufian telah memilih untuk menghalalkan hubungannya bersama dengan pelakon kecil molek itu bertujuan bagi mengelakkan sebarang fitnah kerana Elfira sering mengikuti Sufian ke lokasi persembahan.

Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

“Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah.

“Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu,” tambahnya.

Pengurus Dedah Kemelut Yang Menimpa Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

Sampai bila sebenarnya kemelut antara kedua-dua pihak ini akan berakhir? Setiap hari pasti ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka sehingga membuatkan ramai orang bertambah rimas.

Mudah-mudahan perkara ini dapat diselesaikan memandangkan sudah hampir sebulan tempoh putus tunang itu terjadi, jangan dipanjangkan isu sehingga membuatkan gangguan dalam urusan kerja masing-masing.

Dengarkan single terbaru dari Sufian Suhaimi, ‘Di Matamu’.

No comments:

Powered by Blogger.