Header Ads

Gara-Gara Kontroversi, Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Kontroversi dapat menaikkan nama seseorang selebriti di mana jika seseorang selebriti terpalit kontroversi, namanya akan naik dan semakin dikenali ramai. Namun, kontroversi juga boleh memakan diri seperti yang berlaku kepada Izreen Azminda.

Didakwa menjadi perampas suami orang tanpa rasa bersalah, Izreen Azminda dihentam bertubi-tubi oleh netizen sehingga dia dan suami dikatakan terpaksa menutup akaun Instagram. Ikuti kisahnya.

Gara-Gara Kontroversi, Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Gara-gara kisah berkaitan rumahtangga yang melanda Izreen Azminda, baru-baru ini sebuah produk kecantikan, Meeracle – yang menjadikan pelakon wanita tersebut sebagai duta telah menamatkan kontrak.

Izreen sebelum ini turut memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya yang dikenali sebagai Ude.

Apa yang pasti, jika akaun mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pastinya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan geram sekaligus memberi impak kepada hubungan dengan jenama yang dibawa oleh seseorang selebriti.

Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan Gara-Gara Kontroversi Yang Melanda Dirinya

Baru-baru ini, kenyataan bekas isteri pertama Ude iaitu Intan Liana ternyata menyentuh ramai hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila Ude mahu menceraikannya namun Intan masih menghormati suaminya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ramai yang ternantikan bagaimana kesudahan kisah ini dan pastinya Izreen mahu pun Ude memerlukan ruang dan masa sendiri dalam mententeramkan keadaan. Apa pun, semoga Intan tabah menghadapi dugaan.

Sumber: rotikaya.com

No comments:

Powered by Blogger.