Header Ads

"Bilik Dihias, Lif Pun Dah Dipasang" - Siti Nurhaliza Teruja Sambut Bayi

Bayi yang dinanti-nantikan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasangannya bakal menjengah dunia tidak lama lagi. Begitu ramai peminat, ahli keluarga dan rakan yang tidak sabar melihat ‘cahaya cinta’ pasangan tersebut.

Bakal melahirkan bayi perempuan, Siti dikatakan akan melalui kaedah pembedahan selepas disarankan doktor untuk berbuat demikian.

"Bilik Dihias, Lif Pun Dah Dipasang" - Siti Nurhaliza Teruja Sambut Bayi

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan.

“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.

Siti melancarkan single terbaru sempena menyambut bayi perempuannya.

Teruja Sambut Bayi, Siti Nurhaliza Hias Bilik, Pasang Lif

“Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,” katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Berkongsi kegembiraan, Siti juga menyatakan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K sudah tidak sabar menantikan kehadiran bayi sulung mereka.

Segala persiapan sudah hampir selesai, bukan sahaja bilik sudah dihias cantik, malah untuk kemudahan semasa berpantang, lif juga dipasang di kediaman mereka.

Teruja Sambut Bayi, Siti Nurhaliza Hias Bilik, Pasang Lif

“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” jelasnya.

Didoakan semoga proses kelahiran bayi yang ditunggu selama lebih 10 tahun ini berjalan lancar dan lahir dalam keadaan sihat. Tidak sabar melihat wajah comel bayi tersebut, agaknya apakah nama yang akan diberikan ya?

Teruja Sambut Bayi, Siti Nurhaliza Hias Bilik, Pasang Lif

Antara gambar-gambar yang menggambarkan keterujaan Siti Nurhaliza untuk menyambut kelahiran bayi perempuannya.



A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Kredit: abadkini.site

No comments:

Powered by Blogger.