Header Ads

Penjelasan Kenapa Produk kurangkan kedutan dan anjalkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa sebenarnya adalah mengarut

Jika scroll feed Instagram, boleh dikatakan majoriti artis sekarang dilihat mempromosikan produk mereka masing-masing. Bukan drama, filem atau lagu, tapi produk yang dikeluarkan mereka sendiri, antaranya tudung, pakaian dan ada juga makanan tambahan.

Seorang aktres popular mendapat perhatian netizen apabila mempromosikan produk kesihatan yang didakwa bukan sahaja sesuai untuk dewasa malahan bayi!

Penjelasan Kenapa Produk kurangkan kedutan dan anjalkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa sebenarnya adalah mengarut

Seorang pengguna facebook dengan lantang telah mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan Neelofa yang dilihat tidak bertanggungjawab. Ikuti luahannya.

Followers2 lama yang follow aku dari personal account mesti perasan dulu aku ada up satu post pasal baby 6 bulan meninggal sebab mak bapak bodoh bagi anak telan supplement instead of bawak anak yang sakit pergi hospital.

Bila bawak ke hospital, anak dah nazak dan meninggal. Dituduhnya hospital pulak bagi anak dia mati. 

Kes tu masih berjalan sampai skarang. Dan tiba2 tup tup ada artis yang aku rasa aku agak tabik pasal dia punya otak ni level2 budak oxford jugak, dalam slip exam A+ smua dia rembat sampai licin. Aku taktau la fake acc ke ori acc. Orang kabor ori acc.

Malangnya dengan populariti yang dia ada, dia jadi duta ke apa aku taktau la bagi produk supplement CHEW AND GLOW untuk bagi bayi telan kau bayangkan. Betullah orang kata, muka lawa tak semestinya bijak..masalahnya yang ni bijak pon pegi jadi bodo tetiba dah kenapa?

Aku bagitau skali lagi, kenapa BAYI DILARANG AMBIL MAKANAN PEJAL DAN SUPPLEMENT. Mudah, hati dia blom berfungsi sepenuhnya. Tu pasal jadi jaundice. Buah pinggang pon masih "warming up" untuk berfungsi. Ada mak mak yang anak umur 2 bulan dah bagi makan bubur. Punyalah lack of knowledge, bila kita tegur cakap kita blom kawen, tak payah sibuk hal anak orang.

Kita yang tua bangka ni pon buah pinggang tak mampu tapis kalau telan supplement yang dos dan kandungan merapu2, apatah lagi bayi yang organ2 masih belum function dengan baik.

Ni smua sebab taksub nak putih la ni. Dari mak, bapak, sampai ke anak dia taksub nak bagi putih. Engko tu muka pelepah sawit kau letak baja apa pun takkan jadi pelepah pokok krismas. Bawak2 la sedar diri, kau nak mati, mati soranglah takyah heret anak skali.

Abah harap #skuadpenggunabijak tak terjebak sebab rasanya skuad kita bijak2 kan. Benda mudah macam ni takkan tak tau kan.

I've done my part, the choice is yours.
#skuadantikilo
#squadpenggunabijak


"Produk kurangkan kedutan, anjalkan dan putihkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa adalah mengarut"

"Produk kurangkan kedutan, anjalkan dan putihkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa adalah mengarut"

Pelakon berkenaan turut menyediakan cadangan pengambilan produk makanan tambahan tersebut mengikut umur. Bagi bayi dicadangkan setengah tablet dihancurkan dan dicampurkan di dalam susu. Manakala bagi bayi bawah 2 tahun 1/2 tablet, 2-6 tahun (1 tablet), 6-12 (2 tablet) dan 12 tahun ke atas (maksimum 4 tablet).

Jangan buat begini sebab duit

"Produk kurangkan kedutan, anjalkan dan putihkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa adalah mengarut"

Perkara itu mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon popular berkenaan yang sanggup berbuat demikian demi wang. Tablet diberikan kepada bayi dikatakan dapat menyembuhkan eczema bagi bayi dan mengurangkan tanda penuaan bagi orang dewasa.

Buah pinggang bayi tak terbentuk sempurna lagi

"Produk kurangkan kedutan, anjalkan dan putihkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa adalah mengarut"

Ada juga ibu-ibu berpendapat buah pinggang bayi masih tidak berkembang sepenuhnya untuk menerima makanan normal, apatah lagi untuk memproses makanan tambahan seperti dicadangkan aktres berkenaan.

Doktor pun kena discuss pakar…

"Produk kurangkan kedutan, anjalkan dan putihkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa adalah mengarut"

Ini pula respon doktor pakar

"Produk kurangkan kedutan, anjalkan dan putihkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi yang dipromosikan Neelofa adalah mengarut"

Menurut Dr. Beni Rusani, pihaknya tidak mencadangkan apa-apa makanan tambahan untuk bayi dan kanak-kanak. Apa-apa keputusan untuk pengambilan produk sedemikian perlu dibuat dengan nasihat pakar kanak-kanak, menurutnya.

(Baca: Promosikan Produk Kurangkan Kedutan, Anjalkan Dan Putihkan Kulit Untuk Kanak-Kanak Dan Bayi, Neelofa Kena 'Sound' Wardina Safiyyah Dan Alicia Amin)

No comments:

Powered by Blogger.